Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

UMNO Tidak Boleh Sewenang-Wenangnya Dijadikan Jambatan Oleh Pihak Luar Yang Rakuskan Kuasa – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertekad untuk terus mempertahankan parti itu agar terus kekal dalam apa jua keadaan sebagai parti milik rakyat serta mengutamakan kepentingan mereka.

Bagi tujuan itu tegasnya UMNO tidak boleh sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa dan sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisa mendalam tentang manfaat kepada Malaysia dan masyarakatnya.

“Sebagai Presiden UMNO menjadi kewajipan saya untuk mempertahankan parti keramat ini dengan sepenuh jiwa dan raga. Jati diri UMNO sebagai parti milik rakyat yang sentiasa mengutamakan rakyat harus kekal dalam apa jua keadaan.

“Bagi tujuan itu UMNO tidak boleh sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa. UMNO tidak boleh terpedaya dengan kerjasama tidak jujur yang kesudahannya mengabaikan kepentingan parti, rakyat serta negara,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menerusi catatan di Facebook.

Tambahnya lagi, sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisa mendalam tentang manfaat kepada Malaysia dan masyarakatnya.

“Terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak kerana ia penentu sama ada UMNO sebagai sebuah parti dapat kembali selaku teras pentadbiran negara,” katanya.

Tegas Ahmad Zahid jika UMNO terlibat dengan pihak lain yang berorientasikan kuasa, kedudukan dan kroni semata-mata, maka natijahnya amat buruk dan itulah yang dapat disaksikan baru-baru ini, namun UMNO telah bertindak menyekat kecurangan kepada rakyat dan negara tersebut.

“Kita juga pernah lihat bagaimana kerajaan 22 bulan cuba menenggelamkan parti ini yang akhirnya karam dengan sendirinya. Begitu juga dengan parti politik yang cuba menguasai UMNO sejak 18 bulan lalu untuk mempertahankan kuasa turut gagal.

“Kita akan terus memastikan maruah serta jati diri UMNO di samping mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU-15,” tambahnya. – UMNO Online

Berkaitan