27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

UMNO tidak bongkak atau ego

Setakat saya tahu kepimpinan UMNO hanya mahukan semua kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung dan Sabah dalam PRU-14 dikembalikan kepada partinya.

Jika Bersatu mahu kerusi yang lompat mereka kena gantilah tempat lain. Misalnya kalau Hamzah mahu kerusi Larut, Bersatu kenalah bagi kerusi Jerlun atau Kubang Pasu kepada UMNO untuk bertanding. Ini pun mesti dengan persetujuan BN.

BACA SINI: Ahli Parlimen UMNO yang melompat nak U-turn

Bagi kerusi-kerusi Parlimen lain yang bukan milik parti dalam Muafakat Nasional, UMNO mahu parti yang kuat di situ letak calon. Namun ini boleh sahaja dibincang dan ditolak ansur ikut muafakat nasional.

Satu lagi asas perbincangan ialah UMNO mesti bertanding 70-80 kerusi. Ini bukan tamak tapi realisme.

Antara Bersatu, UMNO dan PAS, UMNO adalah parti yang mempunyai ahli dan pengundi terbanyak, diikuti Pas dan akhir sekali Bersatu.

Jadi mahu tidak mahu, UMNO perlu diberi kerusi lebih bagi meyakinkan ahlinya bahawa persetujuan ini bagus untuk parti. Pemimpin setuju sahaja jika ahli tidak setuju tidak guna.

Satu orang satu undi sahaja

Selain itu, dalam politik demokrasi tidak boleh bahagi kerusi sama rata kerana ia akhirnya akan mewujudkan ketidakstabilan politik.

Adakah kerana ini UMNO boleh dicop sebagai parti yang sombong dan ego?

Oleh: Ab Jalil Backer

BACA JUGA: Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.