Umno tidak izin sebar Syiah di Malaysia, kata Zahid

Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk meraikan mazhab Syiah dan membebaskan ia disebarkan di negara ini perlu ditolak sekeras-kerasnya, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Ahmad Zahid, walaupun menghormati pengikut mazhab itu, namun usaha untuk mengasimilasikan fahaman itu di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini bakal menyebabkan perpecahan lebih teruk di kalangan umat Islam.

“Mana mungkin negara kita yang meletakkan di dalam Perlembagaan 3(1) agama Islam adalah Agama Persekutuan, walaupun dalam perlembagaan tidak sebut namun amalan kita berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia harus dihormati kerana ia kontrak sosial kita.

“Dalam Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa kita menolak Syiah bukan kerana kita benci tetapi kita tidak mahu ajaran ini memesongkan ajaran orang Islam di Malaysia ini,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran meraikan 93 bakal haji kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini petang ini.

Bekas menteri dalam negeri itu mengulas mengenai sebuah portal tempatan melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan pengikut Syiah mempunyai hak sebagai warganegara selagi tidak melakukan jenayah.

Sementara itu dalam sidang media kemudiannya, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk mengulangi pendirian Umno akan memainkan peranan dan mengambil kepedulian memantau pendirian kerajaan berhubung isu tersebut.

“Kita tahu bahawa umat Islam orang Melayu dan Pribumi berpecah kepada enam berdasarkan meraikan perbezaan pendapat dalam politik. Kita tak mampu melayani perpecahan di kalangan mazhab berbeza ini.

“Walupun kita hormati negara berkenaan yang amalkan mazhab tersebut, dari segi diplomatik kita menghormatinya, namun bagi mengizinkan penyebaran ajaran Syiah (ke dalam negara) tidak sama sekali,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya turut menolak tindakan pihak kerajaan yang telah menandatangani satu perjanjian persefahaman yang dibuat oleh Institusi Terjemahan Malaysia baru-baru ini dengan sebuah negara yang terkenal dengan pembawakan mazhab terbabit.

“Kami berlapang dada jika buku-buku itu adalah buku berunsurkan ilmu sains dan teknologi, tapi jika ia mengizinkan novel kesusasteraan atau bahan-bahan pengajaran dalam fahaman Syiah, tentu kita menolaknya kerana KDN ada bahagian penerbitan buku dan al-Quran. Mereka menolak (unsur berkenaan) berdasarkan garis panduan ditentukan fatwa,” katanya.

Justeru beliau menyeru para ulama, cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam untuk bersama Umno menolak sebarang usaha untuk membenarkan fahaman itu masuk ke negara ini.

………………….
Rujukan:

http://pakdin.my/tag/syiah/

Comments (85)

  1. Hafifi Aziz Jul 13, 2018 @ 16:04
  2. Ma Ima Jul 13, 2018 @ 16:08
  3. Nor Diana Yusof Jul 13, 2018 @ 16:12
  4. Nazri Pmpk Jul 13, 2018 @ 16:12
  5. Ghani Erin Jul 13, 2018 @ 16:14
  6. Jentayu Merah Jul 13, 2018 @ 16:15
  7. Norizan Bakar Jul 13, 2018 @ 16:16
  8. Azmi Hj Jasmi Jul 13, 2018 @ 16:17
  9. Azmi Hj Jasmi Jul 13, 2018 @ 16:18
  10. Azmi Hj Jasmi Jul 13, 2018 @ 16:18
  11. Azmi Hj Jasmi Jul 13, 2018 @ 16:18
  12. Azmi Hj Jasmi Jul 13, 2018 @ 16:18
  13. Zulkipeli Ibrahim Jul 13, 2018 @ 16:19
  14. Dzulkifli Ariffin Jul 13, 2018 @ 16:26
  15. Ahmad Tarmizi Jul 13, 2018 @ 16:26
  16. Shamsul Sham Jul 13, 2018 @ 16:28
  17. Zuraini Md Noor Jul 13, 2018 @ 16:31
    • Halmi Haron Jul 13, 2018 @ 21:43
    • Halmi Haron Jul 13, 2018 @ 21:47
    • Zuraini Md Noor Jul 14, 2018 @ 8:32
  18. Mohd Rosli Jul 13, 2018 @ 16:33
  19. Salasiah Hamzah Jul 13, 2018 @ 16:42
  20. Noraini Sab Jul 13, 2018 @ 16:44
  21. Omar Bakri Jul 13, 2018 @ 16:45
  22. Zul Kifli Jul 13, 2018 @ 16:47
  23. Mohd Irwan Jul 13, 2018 @ 16:49
  24. Mohd Rashid Salleh Jul 13, 2018 @ 16:57
  25. Amiie Hamidah Jul 13, 2018 @ 17:01
  26. Hamimah Hassan Jul 13, 2018 @ 17:10
  27. Mohd Fadhil Jul 13, 2018 @ 17:13
  28. Liza Hani Jul 13, 2018 @ 17:14
  29. Ainatul Harraz Jul 13, 2018 @ 17:16
  30. Lara Indah Jul 13, 2018 @ 17:22
  31. Uden Deen Jul 13, 2018 @ 17:27
  32. Rem Has Jul 13, 2018 @ 17:34
  33. Walter Vetrivel Jul 13, 2018 @ 17:54
    • Jufri Raimi Jamaludin Jul 13, 2018 @ 18:43
    • Rafaee Amni Jul 13, 2018 @ 21:34
    • Amat Tanuri Jul 13, 2018 @ 23:29
    • Amat Tanuri Jul 13, 2018 @ 23:32
    • Izzma Yanne Jul 14, 2018 @ 8:53
  34. Nur Herawati Jul 13, 2018 @ 17:58
  35. Remus Romulus Edward Jok Jul 13, 2018 @ 18:14
  36. Bain Baharon Jul 13, 2018 @ 18:15
  37. Miebn Bro Jul 13, 2018 @ 18:25
  38. Suhaimi Hashim Jul 13, 2018 @ 18:40
  39. Mohd Yusof Mat Jul 13, 2018 @ 18:52
  40. Wan Saiful Jul 13, 2018 @ 18:56
  41. Bayjurie Abd Aziz Jul 13, 2018 @ 19:57
  42. JM Rosdi Jul 13, 2018 @ 19:59
  43. Izman Isbi Jul 13, 2018 @ 20:25
  44. Hasbullah Bin Mappamiri Jul 13, 2018 @ 20:40
  45. Suri Zainal Jul 13, 2018 @ 20:43
  46. Noormadiah Al Ishaqi Jul 13, 2018 @ 21:11
  47. Nor Hayati Jul 13, 2018 @ 21:17
  48. Halmi Haron Jul 13, 2018 @ 21:38
  49. Zie Zaidi Jul 13, 2018 @ 21:48
  50. Zailan Lan Jul 13, 2018 @ 22:01
  51. Ruselan Jali Jul 13, 2018 @ 22:12
  52. AB Harlem Jul 13, 2018 @ 22:19
  53. Herman A Rahman Jul 13, 2018 @ 22:24
  54. Siahadan Zuail Jul 13, 2018 @ 23:09
  55. Addiejutawan Addiejutawan Jul 13, 2018 @ 23:17
  56. Azhar Abdullah Jul 13, 2018 @ 23:17
  57. Ailisa Nasir Jul 14, 2018 @ 0:18
  58. Saiful Ali Jul 14, 2018 @ 0:18
  59. Mohd Fairul Zaidi Jul 14, 2018 @ 0:23
  60. Mohd Zari Jul 14, 2018 @ 0:34
  61. Hasnah Talib Jul 14, 2018 @ 2:20
  62. Tengku Suria Tengku Faruok Jul 14, 2018 @ 4:12
  63. Intan Abd Ghani Jul 14, 2018 @ 4:25
    • Herman A Rahman Jul 14, 2018 @ 8:10
    • Herman A Rahman Jul 14, 2018 @ 8:12
    • Intan Abd Ghani Jul 14, 2018 @ 8:21
    • Herman A Rahman Jul 14, 2018 @ 8:22
  64. Inchum Yunus Jul 14, 2018 @ 7:24
  65. Zaizul Affandi Jul 14, 2018 @ 8:19
  66. Md Ariffin Bin Yahaya Jul 14, 2018 @ 11:20
  67. Ali Warno Jul 14, 2018 @ 11:32
  68. Rezita Che Aziz Jul 14, 2018 @ 12:23
  69. Kamal Bin Md Zan Jul 14, 2018 @ 12:44
  70. Meor Shahrul Fadhillah Jul 14, 2018 @ 13:43
  71. Tumpik Angus Jul 15, 2018 @ 1:05
  72. Lekir Sniper Jul 15, 2018 @ 4:14

Leave a Reply