Friday - July 30, 2021 @ 10:13
GAYA HIDUPAGAMAUmno Tidak Pernah Sokong Bakar Bible Versi Melayu Guna Kalimah 'Allah' -...

Umno Tidak Pernah Sokong Bakar Bible Versi Melayu Guna Kalimah ‘Allah’ – Dr Mahathir

tunM-bualbicaraKUALA LUMPUR  — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

Beliau berkata kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak mencerminkan pendirian Umno.

“Ibrahim bukan anggota Umno. Beliau mungkin menyokong Umno tetapi beliau bukan jurucakap bagi Umno,” katanya dalam entri terbaharu blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata adalah malang Ibrahim harus mencadangkan agar kitab Bible menggunakan kalimah Allah, yang baharu dicetak dibakar.

“Itu mungkin cara untuk kita melupuskan sebarang penerbitan yang tidak diingini. Namun ia tidak boleh dilakukan untuk kitab suci seperti Bible dan Al-Quran.

“Tetapi apa yang diperkatakan Ibrahim tidak mencerminkan pendirian Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menganggapnya sebegitu untuk meraih publisiti politik,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim terhadap Umno “bermaksud apa yang diperkatakan ialah apa yang dilanggan Umno sebagai nakal”.

Beliau berkata walaupun rakyat Malaysia boleh menganuti perbezaan fahaman politik, namun mereka tidak harus menggunakan perbezaan agama untuk meraih sokongan pengundi bagi memenangi pilihan raya.

“Ia umpama pedang bermata dua, dan mereka yang hidup dengan pedang akhirnya mati oleh pedang.

“Biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh orang yang bertanggungjawab secara tertutup. Jangan biarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu agama. Ia mungkin menafikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut, di dalam demokrasi yang liberal, mempunyai kekangan jika mahu demokrasi terus subur.

“Saya ingin merayu semua pihak supaya menghentikan tindakan menyalahgunakan isu ini,” katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here