Umno tolak dakwaan tubuh kabinet bayangan PAS-BN

Tan Sri Annuar Musa menepis desas-desus mengenai dakwaan penubuhan kabinet bayangan gabungan pemimpin PAS dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha agung Umno sehubungan itu menggesa pihak pembangkang khususnya Umno dan PAS agar tidak “terjerat” dengan khabar angin.

“Saya nasihatkan ahli Umno, PAS dan pembangkang usah terjerat dengan berita sebegini… ia bukan saja tidak datang dari parti tetapi kita tahu kerja siapa dan tujuannya apa.

“Rapatkan saf kita dan bersedia untuk lawan dan tawan,” catat wakil rakyat Ketereh itu di Twitter.

Satu infografik barisan kabinet BN-PAS selepas pilihan raya umum ke-15 tular di media sosial minggu ini.

Poster itu antaranya menyatakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ahli majlis penasihat kerajaan.

Rujukan:
Kabinet Bayangan BN-Pas Pasca PRU15? Menjadi tular – Tok Mat PM, Zahid dan Khairy tersingkir
https://pakdin.my/kabinet-bayangan-bn-pas-pasca-pru15-menjadi-tular-tok-mat-pm-zahid-dan-khairy-tersingkir/

Loading...

5 COMMENTS

Comments are closed.