25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Undang-undang syariah S’gor isu seks luar tabii tak sah – Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Barisan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Peruntukan Syariah negeri itu menetapkan adalah satu kesalahan bagi umat Islam di Selangor melakukan seks di luar tabii.

Lelaki itu kini menghadapi kes berkaitan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, di mana dia didakwa di bawah peruntukan tersebut dengan tuduhan cubaan melakukan hubungan seks di luar tabii.

Anggota hakim yang lain adalah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.

Dalam membacakan keputusan sebulat suara, Maimun memutuskan bahawa Seksyen 28 belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor.

Dia berkata bahawa ini kerana undang-undang mengenai perkara yang dibahas dalam Seksyen 28 – yang menyentuh mengenai seks di luar tabii – hanya boleh digubal melalui parlimen.

Ini kerana undang-undang mengenai
perkara yang dibahas dalam Seksyen 28
– yang menyentuh mengenai seks di luar
tabii – hanya boleh digubal melalui parlimen.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.