Undi Percaya: Guan Eng tentang cadangan PAS menyokong Dr Mahathir - pakdin.my

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata PAS keliru berhubung peranannya di Parlimen selepas bercadang membentangkan usul menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata hanya parti pemerintah yang akan membentangkan usul “undi percaya” di Parlimen dan ia tidak dilakukan pembangkang.

“Adalah sangat pelik PAS bercadang membentangkan usul untuk menyokong perdana menteri. Saya fikir ia keliru sama ada ia adalah parti pemerintah atau parti pembangkang.

“Kenapa PAS mahu membentangkan usul menyokong Dr Mahathir ketika ia menolak untuk menyokong usul yang dibawa perdana menteri untuk meminda perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah?

“Ia tidak menyokongnya tetapi kini mahu menyokong perdana menteri,” kata Lim semasa majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Jabatan Kastam di Kompleks Kastam di Seberang Jaya hari ini.

Beliau berkata biasanya pembangkang akan membentangkan “undi tidak percaya” tetapi kini PAS bercakap tentang “undi percaya”.

“Majlis eksekutif negeri di bawah Pakatan Harapan dipotong sebanyak 10% daripada gaji tetapi exco PAS Kelantan menikmati bonus RM50,000. Selain itu, kerajaan itu membeli 14 kereta Mercedes Bens untuk exconya.

“Mereka keliru dengan apa yang mereka sepatutnya lakukan dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usul menyokong kepimpinan perdana menteri bertujuan menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Kita melihat ada keperluan pada masa ini untuk perdana menteri meneruskan kepimpinannya sehingga tamat penggal kerana kemelut tak sudah-sudah yang berlaku mengganggu kestabilan politik dan ekonomi,” katanya.

Rujukan:
[1] Undi percaya PAS terhadap Mahathir sama seperti undi tidak percaya

[2] Usul sokong PM tidak dibincangkan dengan UMNO, kata Tuan Ibrahim

[3] Dewan Rakyat tentukan saya terus jadi PM atau tidak, kata Dr M

[4] Usul undi percaya: Kita tengok PH sokong atau tidak

UTAMAPOLITIKUndi Percaya: Guan Eng tentang cadangan PAS menyokong Dr Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium