Undi tidak percaya jika majoriti tidak sokong Azmin: Tun Mahathir - pakdin.my

wpid-azmin-angkat-sumpah-mb.jpg

Krisis politik di Selangor yang masih berlarutan apabila PAS kehilangan satu jawatan Exco dalam kabinet baharu Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ia termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyuarakan kebimbangan akan berlaku undi tidak percaya pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Jika ia berlaku maka krisis politik ini akan terus berpanjangan di negeri terkaya itu.

Sehubungan itu Tun Dr. Mahathir berharap pelantikan Azmin diterima majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor namun jika pelantikannya tidak disenangi majoriti Adun Selangor sesuatu pasti berlaku.

“Saya harap apabila Dewan bersidang, majoriti akan sokong Azmin.

“Kalau majoriti tak sokong Azmin, akan berlaku undi tidak percaya. Jadi nanti kita kena cari menteri besar baharu lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada karnival Proton, Ahad.

Jumlah ahli Exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang, manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Tindakan Azmin itu ternyata menimbulkan rasa tidak senang di kalangan wakil rakyat PAS walaupun parti itu dijanjikan jawatan Timbalan Speaker DUN.

Mengulas mengenai nasib yang dihadapi PAS dibawah kerajaan negeri pimpinan Azmin, Dr Mahathir berkata, menteri besar baharu itu mempunyai hak untuk menentukan jumlah Exco dalam Kabinetnya.

“Itu hak menteri besar, kalau beliau nak tambah boleh, nak kurang pun boleh.

“Kalau beliau fikir wakil PAS dalam kabinet mencukupi, beliau tak perlu berpegang (ikut) kepada dahulu (jumlah kabinet),” katanya.

UTAMAPOLITIKUndi tidak percaya jika majoriti tidak sokong Azmin: Tun Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium