31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Ungku Aziz Nafi Catatan Berkaitan ‘Kangkung’ Adalah Tulisannya

Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid
Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid

Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan ‘kangkung’ yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

“Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu…saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya kepada Bernama di sini.

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: “Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit.”

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

“Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...