26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Unisel, Kuis Merayu Kepada PTPTN Kerana Tidak Yakin Kepada Janji PKR

PTPTN Sahkan Batal Pembekuan Pinjaman Kepada Unisel, Kuis:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) memutuskan untuk menarik balik pembekuan penyaluran pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Perkara itu disahkan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi mStar Online, petang Jumaat.

Ia juga turut disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Ya, memang benar pembekuan pinjaman PTPTN terhadap para pelajar Unisel dan Kuis telah dibatalkan. Saya telah menerima arahan daripada pejabat Menteri Pengajian Tinggi untuk meneruskan pemberian pinjaman,” kata Ismail.

Ismail Mohamed berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima rayuan daripada pihak pengurusan Unisel dan Kuis supaya membatalkan pembekuan tersebut.

“Kita yakin kerajaan negeri Selangor tidak mampu memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar. Oleh itu, kita akan beri pinjaman kepada pelajar untuk meneruskan pengajian masing-masing,” katanya.

Menurut Ismail, pihaknya turut menerima banyak panggilan daripada ibu bapa para pelajar di kedua-dua institusi pengajian tinggi itu supaya mempertimbangkan tindakan menyekat pemberian pinjaman PTPTN kepada anak mereka.

“Ada di antara mereka menyatakan hasrat untuk berhenti menghantar anak-anak ke Unisel dan Kuis jika pinjaman disekat.

“Pinjaman itu penting bagi mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menampung pembiayaan pendidikan anak-anak,” katanya.

Ismail berkata, tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu turut dilakukan kerana tidak mahu para pelajar menjadi mangsa keadaan.

“Mereka (para pelajar) boleh terus buat permohonan pinjaman bermula hari ini (Jumaat) dan ia akan diproses serta merta,” katanya.

Pada Rabu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan telah membekukan pinjaman PTPTN bagi pelajar Unisel untuk melihat kemampuan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka.

Bagaimanapun, pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan pelajar baru bagi kemasukan April lalu.

Pembekuan pinjaman itu yang turut dikenakan terhadap pelajar Kuis memaksa rektornya, Profesor Datuk Dr Aziuddin Ahmad bertemu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada pagi Jumaat untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

“Rektor Kuis telah bertemu saya dan saya telah memaklumkan rayuannya pada YB Menteri supaya PTPTN tak dibekukan bagi pelajarnya. Surat Kuis akan menyusul,” kata Saifuddin menerusi laman Twitternya.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan