[DINtv] Unit Drone Polis Diraja Malaysia beraksi - pakdin.my

Percaya atau tidak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya mempunyai unit drone sendiri. Ini tidak seharusnya mengejutkan memandangkan Malaysia, seperti banyak negara lain di seluruh dunia, mempunyai undang-undang mengawal penerbangan drone di negara ini.

Untuk pengetahuan, dron tidak dibenarkan diterbangkan semasa acara tertentu tanpa kelulusan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Satu contoh baru-baru ini ialah perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dan JDT di Stadium Shah Alam hujung minggu lalu.

Dari rakaman video dan imej yang telah berlegar di internet baru-baru ini, seseorang telah menerbangkan drone tanpa kebenaran rasmi di stadium. Oleh itu, unit drone PDRM mengambil tindakan.

Unit khas PDRM yang bertanggungjawab menembak jatuh objek terbang tersebut dikenali sebagai Unit Drone yang dikawal selia oleh Unit Udara PDRM. Unit tersebut ditubuhkan pada 2015.

Peraturan menerbangkan drone

Di Malaysia dan kebanyakkan negara, drone tidak boleh diterbangkan dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ia tidak dibenarkan kerana drone boleh digunakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengancam keselamatan orang ramai.

Malah beberapa kawasan di dalam negara sudah diklasifikasikan sebagai kawasan larangan untuk drone. Antaranya ialah ruang udara Istana Negara, Putrajaya, kawasan Parlimen Malaysia dan juga KLCC.

Walaupun drone kebiasaannya digunakan di dalam bidang fotografi dan rakaman video, anda perlu melakukan permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu dan perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda boleh ditahan atas kesalahan Peraturan 143 (Peraturan Penerbangan Awam 2016) dan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.

Unit Dron PDRM

Dalam perlawanan separuh akhir kedua di Shah Alam pada malam tadi kelibat anggota-anggota polis bersama senjata raifal berbentuk futuristik turut mencuri tumpuan.

Unit khas PDRM yang bertanggungjawab menembak jatuh objek terbang tersebut dikenali sebagai Unit Drone yang dikawal selia oleh Unit Udara PDRM. Unit tersebut ditubuhkan pada 2015.

Selain daripada untuk mengendalian dron bagi tujuan pemantauan ketika menjalankan tugas di lapangan, unit tersebut turut berfungsi untuk memantau penerbangan dron di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan.

Kehadiran mereka kebiasaannya diperlukan ketika acara melibatkan kehadiran orang awam yang ramai dan keraian-keraian kerajaan yang menampilkan individu-individu berprofil tinggi seperti pemimpin negara.

Tidak terkecuali adalah perlawanan bola sepak seperti yang berlangsung di Stadium Shah Alam yang berlangsung pada malam tadi.

Melalui perkongsian dari laman Facebook rasmi mereka, PDRM mengesahkan unit dron yang ditembak sebelum perlawanan bermula adalah haram.

Drone Gun

Senjata berbentuk futuristik yang dikendalikan oleh anggota PDRM di Stadium Shah Alam pada malam tadi dikenali sebagai Drone Gun.

Tidak seperti raifal biasa, anda tidak memerlukan peluru untuk menembak jatuh dron yang berlegar di ruang udara.

Sebaliknya ia menggunakan frekuensi tertentu untuk menyekat kawalan kepada unit dron tersebut. Drone Gun yang canggih boleh memaksa unit dron kembali terbang kepada pengendalinya, sekaligus membenarkan pihak berkuasa menahan pelaku dan pesalah.

Hasil carian kami terdapat beberapa model Drone Gun dipasarkan untuk kegunaan pihak berkuasa.

Unit Dron PDRM pula setakat ini hanya memiliki Drone Gun model Orion 7-MP dan juga Drone Jammer yang dikenali dengan model Orion-H.

Unit yang digunakan di Stadium Shah Alam adalah dari uniy Orion-H.

Orion-H mampu menembak jatuh dron pada jarak 1KM, manakala unit Orion 7-MP pula mampu menembak jatuh dron pada jarak 2KM.

UTAMABERITA Unit Drone Polis Diraja Malaysia beraksi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium