UPSI lonjak kedudukan dalam senarai universiti dunia - pakdin.my

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melangkah pada kedudukan 176-200 dunia dalam bidang pendidikan seperti diumumkan The Time Higher Education.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, dia berasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan yang dianggapnya satu pengiktirafan kepada UPSI sebagai satu universiti yang berteraskan pendidikan yang telah berusia 100 tahun.

Katanya, beliau juga mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua warga UPSI yang bekerja keras bersama-sama serta berusaha demi menggunggul satu-satunya universiti pendidikan tanah air di persada antarabangsa.

“Kejayaan ini bukan sesuatu yang mudah, kerana ia merupakan hasil pengorbanan, usaha dan kerjasama dari seluruh warga UPSI melalui ukhuwah yang dijalinkan sesama mereka.

“Diharapkan dengan pengiktirafan ini, UPSI akan terus cemerlang menyumbang dalam bidang pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Amin berkata, pada tahun ini UPSI mula menggerakkan sambutan 100 tahun dan acara kemuncaknya pada 29 November 2022.

“Bersama semangat menyambut ulang tahun ke-100 UPSI yang mengambil kira zaman Sultan Idris Training College (SITC), kita berharap akan lebih banyak lagi kejayaan di capai UPSI pada tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Prof Madya Dr. Azmi Mohamed menganggap kejayaan UPSI menyerlahkan keterlihatan pencapaian dan peranan yang dimainkan universiti itu terutamanya dalam bidang pendidikan.

Jelasnya, inisiatif yang disumbangkan semua kakitangan dalam pelbagai sudut sangat penting sekali gus mendorong kepada kejayaan dan pencapaian yang selari dengan pelan strategik UPSI 2021-2025.

UTAMABERITAAMUPSI lonjak kedudukan dalam senarai universiti dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium