UPSR: Prestasi sekolah pedalaman Sarawak baik - pakdin.my

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak menunjukkan prestasi pencapaian yang memberangsangkan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon ketika mengumumkan keputusan UPSR bagi Sarawak hari ini berkata, 20 daripada 22 sekolah yang memperoleh GPS 1.50 dan ke bawah merupakan sekolah yang terletak di pedalaman dan luar bandar.

“Antara sekolah pedalaman yang memperoleh prestasi cemerlang ialah SK Bakerkong, Daro (GPS 1.00); SK Sg. Kelabit, Miri (GPS 1.00); SK Taba Sait, Padawan (GPS 1.16), SK Sg. Setulan, Bintulu (GPS 1.20) dan SK Nanga Nansang, Song (GPS 1.30),” katanya di sini.

Beliau berkata, secara keseluruhan, Sarawak mencatat peningkatan yang signifikan dalam keputusan UPSR tahun ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) 2.48 berbanding 2.52 tahun lepas.

Katanya seramai 1,998 calon atau 4.85 peratus daripada 41,199 calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan berjaya mencatat keputusan ‘A’ bagi semua mata pelajaran yang diambil.

“Pada tahun 2014, sebanyak 1,862 atau 4.41 peratus daripada 42,176 calon berjaya mencatat pencapaian penguasaan cemerlang peringkat ‘A’ bagi semua mata pelajaran yang diambil.

“Ini merupakan pencapaian terbaik Sarawak dalam tempoh 13 tahun selaras dengan tema Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak iaitu ‘Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak’ dan ‘Fly Kenyalang, Fly High’,” katanya.

Beliau berkata, analisis prestasi pencapaian mengikut mata pelajaran tahun 2015 bagi sekolah kebangsaan menunjukkan peningkatan dalam empat daripada lima mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik dan Sains.

“Mata pelajaran Bahasa Inggeris pula menunjukkan sedikit penurunan,” katanya.

UTAMABERITAUPSR: Prestasi sekolah pedalaman Sarawak baik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium