US DOJ kata “YA” tetapi 1MDB berkata “TIDAK”. Mengapa? (sambungan) - pakdin.my

Sahabat kita mahu meminjam RM350k untuk membeli rumah dan mahu kita untuk menjadi penjamin.

Kita setuju menjadi penjamin tetapi meminta beliau untuk membayar kepada kita RM140k sebagai deposit.

Sekarang kita pula mengatakan tidak pernah menerima RM140k sebagai deposit walaupun rakan kita kata, dia telah bayar kepada akaun yang kita seperti yang diminta.

Lebih pelik, kita pula mengatakan tidak pernah meminta deposit RM140k sebagai syarat untuk menjadi penjamin.

Sementara itu kita kini masih lagi menjadi penjamin bagi RM350k.

Pelik kan?

Bukan soal RM350k tetapi RM14 bilion (USD3.5 bilion).

Bulan lepas saya menulis bahawa 1MDB tidak kehilangan apa-apa wang dan apa-apa wang yang didalam dokumen DOJ sebenarnya kepunyaan Aabar – tidak 1MDB.

Seperkara lagi datang ke fikiran.

IPIC dan Aabar kini mendakwa bahawa Aabar di BVI bukan milik mereka dan apa-apa wang yang dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI atau jaminan oleh Aabar tidak sah.

Ini bermakna cagaran USD1.4 bilion diberikan oleh 1MDB kepada Aabar BVI tidak sah dan tawaran 1MDB dengan Aabar BVI untuk membeli pegangan dalam Edra juga tidak sah.

Ini bermaksud Aabar dan IPIC menjamin USD3.5 bilion bon yang dikeluarkan tanpa keuntungan atau pembayaran.

IPIC tidak mempertikaikan jaminan ini sama sekali. Ia adalah sah kerana mereka masih membayar faedah ke pinjaman ini walaupun telah membawa kepada timbang tara.

Tetapi oleh kerana mereka mengatakan bahawa Aabar BVI semuanya bukan milik mereka bermakna IPIC suka-suka menjadi penjamin bagi bon USD3.5 bilion kerana mereka mendapat manfaat apa-apa untuk ini – tiada cagaran, tiada bayaran dan tiada option.

Baguslah IPIC berbuat begitu. Jadi dermawan sebagai penjamin bagi berbilion-bilion Dolar AS pinjaman orang lain.

Ini menjadikan timbang tara antara 1MDB dan IPIC menjadi lebih menarik.

Jika nanti 1MDB menang timbang tara terhadap IPIC atau IPIC memiliki Aabar BVI maka tidak se sen pun wang 1MDB yang hlang – bermakna semua wang yang disebut dalam laporan DOJ sama sekali bukan milik Malaysia atau 1MDB.

UTAMAEDITORIAL1MDBUS DOJ kata “YA” tetapi 1MDB berkata “TIDAK”. Mengapa? (sambungan)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium