Usah Eric Paulsen alih perhatian umum 
– Jakim - pakdin.my

Eric Paulsen pertikai khutbah jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen supaya menyelesaikan kesnya di mahkamah terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengadakan sesi perdebatan dengan jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya enggan mengadakan debat dengan Eric kerana kes tersebut masih dalam siasatan Polis Di­raja Malaysia (PDRM) dan hanya akan dibincangkan selepas kes selesai.

“Memandangkan kes Eric masih dalam siasatan PDRM, soal debat yang dicadangkan bukanlah isu pokok. Beliau sepatutnya menyelesaikan kesnya terlebih dahulu di mahkamah.

“Jangan cuba mencari helah untuk mengelakkan diri daripada siasatan ini dengan cuba mengalihkan perhatian umum mempertahankan diri menerusi debat pula,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas persetujuan Eric terhadap cadangan debat antara beliau dan Jakim oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi menjelaskan kenyataan Eric menerusi akaun Twitter miliknya bahawa jabatan itu mempromosikan ekstremisme.

Menurut Ahmad Shabery, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan dijadikan platform bagi memperjelas kepada umum berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Eric mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitter menuduh Jakim menyebarkan fahaman ekstremisme setiap hari Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah Jumaat bagi umat Islam.

tweet-eric-Paulsen

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAUsah Eric Paulsen alih perhatian umum 
– Jakim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium