28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Usah Guna Jenayah Rasuah Untuk Kepentingan Politik – SPRM

SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak agar tidak menggunakan jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.


“Kita minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang lepas setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan mengenai rasuah naik dengan mendadak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena Melaka 750 tahun.

Bagaimanapun katanya kebanyakan aduan terbabit bertujuan politik yang tidak menguntungkan rakyat dan negara, kerana berita mengenai rasuah itu dilapor menerusi media atau blog terlebih dahulu sebelum dibawa kepada SPRM.

“Ini menyebabkan kita susah mendapatkan keterangan (kerana) apabila hebahan-hebahan dibuat dahulu kepada media selepas itu baru dihantar kepada SPRM maka saksi-saksi penting, keterangan-keterangan akan hilang sebelum SPRM datang membuat siasatan,” katanya.


Sementara itu, Abu Kassim berkata kesedaran berhubung jenayah rasuah terutama dalam kalangan penjawat awam di negara ini menunjukkan peningkatan.

Beliau berkata ini berdasarkan peningkatan jumlah tangkapan terhadap pemberi rasuah sejak dua tahun lepas.


Katanya ramai penjawat awam tampil membuat laporan ke atas individu yang memberi rasuah kepada mereka sekali gus menggambarkan penentangan terhadap jenayah itu.

“Negara-negara yang menampakkan usaha kerajaannya mula berjaya ialah  apabila kesedaran pegawai kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang memberi rasuah menunjukkan perkembangan,” katanya.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan