Usaha bawa pulang rakyat Malaysia dari Korea Utara dikagumi Jepun - pakdin.my

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Malaysia membawa pulang sembilan rakyatnya selepas ditahan di Korea Utara dengan pantas dikagumi dan mendapat sanjungan antarabangsa.

Perdana Menteri menyatakan, beliau sendiri menerima ucapan tahniah daripada kerajaan Jepun menerusi duta negara itu di Malaysia, Dr. Makio Miyagawa dalam pertemuan di ibu negara tengah hari ini.

Menurutnya, ucapan tahniah dan penghormatan daripada duta berkenaan dilafazkan dalam majlis ketika meraikan kunjungan Raja Mahkota Jepun ke negara ini.

Beliau memberitahu, duta ber­kenaan memaklumkan seramai 100 rakyat Jepun yang ditahan di Korea Utara sejak tahun 1970-an dan 1980-an masih tidak diketahui nasib mereka sehingga kini.

“Mereka telah berunding tapi nasib lebih 100 rakyat Jepun itu masih tidak diketahui. Duta Jepun tabik pada Malaysia kerana berjaya bawa balik sembilan rak­yat kita dengan selamat.

“Kejayaan kita ini telah menyebabkan negara lain hormati dan sanjung tinggi Malaysia,” katanya ketika berucap dalam majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh, Kuala Nerus dekat sini hari ini.

UTAMAUsaha bawa pulang rakyat Malaysia dari Korea Utara dikagumi Jepun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium