Usaha Membaikpulih Kabel Dasar Laut AAG Di Jangka Akan Selesai Dengan 6 Mac - pakdin.my

kabel-dasar-laut Gerbang-Asia-Amerika

Meliputi panjang 20,000 km, sistem kabel dasar laut gentian optik Gerbang Asia-Amerika (AAG) memainkan peranan penting dalam menyediakan jaluran Internet berkualiti bagi Asia Tenggara kerana ia dikategorikan sebagai pautan berkelajuan tinggi antara rantau ini dan Amerika Syarikat. Malangnya AAG seringkali mengalami kerosakan dengan kejadian terbaru berlaku hanya beberapa minggu yang lalu.

Kali ini, gangguan berlaku dalam segmen berhampiran Filipina. Usaha membaikpulih sedang dijalankan semenjaak berlakunya kerosakan pada 31 Januari. Walau bagaimanapun, tarikh selesai kerja membaikpulih tertangguh 2 kali.

Pada asalnya, kerja-kerja membaiki kerosakan itu dijangka siap pada 7 Februari sebelum ia berlanjutan kepada 11 Februari. Semalam, Telekom Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh jangkaan selesai kerja membaiki kerosakan berlanjutan lagi suhingga 6 Mac disebabkan pembaikan tambahan ke atas masalah yang dikesan berlaku di bahagian-bahagian lain AAG yang belum dikenalpasti.

Seperti sebelumnya kejadian kerosakan AAG, TM telah mengalihkan trafik ke laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan rangkaian dan meminimumkan kesan kepada pengguna pada masa itu. Walau bagaimanapun, syarikat itu telah memaklumkan kepada pengguna akan berlaku kelajuan pelayaran yang perlahan dan rangkaian kependaman tinggi seketika apabila mengakses laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Asia Utara, dan Eropah.

Di samping itu, VPN dan aplikasi lain di rantau ini juga terkesan. TM akan menyediakan kemas kini lanjut mengenai pembaikan dari masa ke semasa dan kita berharap kali ini kerja baikpulih akan dapat disiapkan mengikut jadual.

UTAMAUsaha Membaikpulih Kabel Dasar Laut AAG Di Jangka Akan Selesai Dengan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium