Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm

Global

All countries
232,429,138
Confirmed
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
All countries
207,329,222
Recovered
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm
All countries
4,759,668
Deaths
Updated on September 26, 2021 15:07 3:07 pm

Usaha terancang DAP pecah-belah Melayu

KUALA LUMPUR 11 Jun – Beberapa isu kontroversi yang dibangkitkan DAP sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai usaha terancang untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, isu termasuk pilihan raya masjid, pendaftaran bangsa anak dan penganjuran perhimpunan Bersih yang dimainkan oleh parti itu merupakan konspirasi besar untuk memenuhi agenda mereka.

“Konspirasi besar yang bertopengkan demokrasi ini cuma berpaksikan pada satu tujuan iaitu memecahbelahkan orang Melayu. Agenda tersusun ini berperanan untuk meracuni pemikiran orang Melayu, seiras tindakan Lee Kuan Yew di Singapura yang menyaksikan kejatuhan Melayu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Zulkifli, DAP akan tetap meneruskan agenda tersebut dengan harapan suatu hari nanti semua orang Melayu akan tunduk kepada telunjuk parti itu dan meninggalkan identiti bangsa mereka.

Tambah beliau, penganjuran pilihan raya masjid di Pulau Pinang menunjukkan serangan parti tersebut secara halus ke atas institusi keagamaan yang menjadi tunjang kehidupan orang Melayu.

“Kenapa perlu mengadakan pilihan raya di masjid sahaja? Kenapa tidak di tokong Cina, kuil, wat Siam dan gereja?” soal Zulkifli.

Mengulas isu pendaftaran anak yang baru dilahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh iaitu Shay Adora Ram, beliau melihat keengganan wakil rakyat itu meletakkan keturunan anaknya sebagai India mempunyai ciri-ciri cauvinis, prejudis dan rasis.

Katanya, jika Hannah mengikut amalan biasa pendaftaran anak di negara ini, Shay Adora Ram wajar mengikut keturunan bapanya iaitu India, namun keengganan wakil rakyat itu berbuat demikian menjadi satu persoalan yang membingungkan.

Sementara itu, jelasnya, penganjuran perhimpunan Bersih yang bertujuan mengheret kaum Melayu ke jalanan untuk melakukan sesuatu yang sia-sia turut membuktikan bahawa DAP kian berani mempermainkan orang Melayu.

“Justeru, saya menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap tindakan DAP ini. Sekarang bukan masanya untuk bertolak-ansur terhadap golongan seperti ini,” kata beliau.

Berkaitan