26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

Ustaz Harun Taib : Selepas Meninggal Di Puji, Semasa Hayat Di Keji,

 ustaz-haron-taib

Portal yang menjadi lidah rasmi Pas, Harakah Daily pada hari ini begitu hebat mempromosikan kematian Ketua Dewan Ulama, Allahyarham Datuk Harun Taib. Tidak cukup dengan itu, ada di kalangan mereka turut memberikan pelbagai gelaran kepadanya kononnya sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan selama ini seperti satu kehilangan yang besarseorang pejuang Islamtokoh ulama tersohor dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan Allahyarham Harun Taib sebagai seorang yang degil kerana tetap mahu menghadiri mesyuarat yang diadakan walaupun sedang uzur.

“Almarhum (Harun) dan Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang sangat degil. Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Secara jujur, Umno tidak pernah mempersoalkan kredibiliti Ustaz Harun, tambahan pula beliau memang terkenal sebagai seorang ahli agama yang berpendirian tegas terutama dalam berhadapan dengan tekanan dari rakan sekutu di dalam pakatan pembangkang.

Namun persoalan yang ingin dibangkitkan ialah mengenai sikap bermuka-muka para pemimpin dan penyokong Pas yang sering berselindung di sebalik jubah dan serban

Ini kerana pada hayatnya Ustaz Taib turut menerima nasib yang sama seperti bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak. Contohnya beberapa kenyataan Ustaz Taib sebelum ini telah menyebabkan beliau diserang kerana dilihat tidak selari dengan keputusan dan pendirian pimpinan pakatan pembangkang.

Percaya atau tidak, nama Ustaz Harun yang begitu ‘harum’ ketika ini pernah dilihat sebagai ‘trojan horse’dan dianggap ingin menjadikan Pas sebagai pembangkang sehingga kiamat. Malah orang yang dikatakan sebagai ‘tokoh ulama tersohor’ ini juga pernah di label sebagai ‘Taliban Malaysia’ dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu semasa hayatnya, laporan berita mengenai Ustaz Harun Taib ini juga hampir tidak kelihatan di paparkan di dalam Harakah, kalau adapun boleh dikira dengan jari. Berbanding pimpinan puak Endorgan dan Liberal Pas yang hampir setiap masa memenuhi ruang di dalam portal yang kononnya memperjuangkan Islam itu.

Ia bukanlah fitnah mahupun sangkaan buruk, tetapi turut diakui oleh ahli dan penyokong Pas yang membangkitkan mengenainya ketika persidangan muktamar yang lalu.

Malah sejurus selepas berita pemergian Ustaz Harun Taib dihebahkan secara rasmi, portal pro-pembangkang, Malaysian Insider menyifatkannya sebagai “Penentang Kepada Bukan Islam Yang Ingin Menggunakan Kalimah Allah”. Namun mungkin kerana desakan pihak-pihak tertentu, tajuk laporan tersebut akhirnya ditukar.

Paling menarik, ketika pengebumian Allahyarham Ustaz Harun, langsung tidak kelihatan wajah-wajah pimpinan pakatan pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sebagainya. Ternyata walaupun Ustaz Harun adalah rakan sekutu di dalam pakatan, kehadiran langsung tiada nilai.

Berikut adalah antara kenyataan dan pandangan Ustaz Harun Taib yang menyebabkan beliau dihina oleh penyokong dan ahli pakatan pembangkang

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”.

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...