32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Usul Undi Tidak Percaya Baharu Tidak Akan Dibentang Kali Ini – Pandikar

dewan-rakyat

Penyerahan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu tidak akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Saya ingin mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekiranya beliau ingin mengemukakan usul itu dan jika usul itu memenuhi peraturan mesyuarat 26 dan 27, walaupun ia diterima, hanya akan dibentang pada persidangan akan datang, bukan pada persidangan kali ini,” kata Speaker Dewan Rakyat itu.

Pandikar berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR- Permatang Pauh) untuk mengemukakan usul itu perlu dilakukan mengikut Peraturan Mesyuarat yang memerlukan ia dilakukan 14 hari sebelum sidang Parlimen bermula.

Persidangan kali ini bermula pada 19 Oktober dan akan berakhir 3 Disember ini manakala tarikh persidangan pada awal tahun hadapan akan ditentukan kemudian.

Pada Isnin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan bersetuju agar Hee Loy Sian (PKR-PJ Selatan) untuk menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Katanya, satu usul baharu mengenainya akan dikemukakan oleh beliau.

Namun, Anthony Loke (DAP-Seremban) memberitahu Pandikar bahawa ada keutamaan apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud semasa sidang Parlimen dan dimasukkan dalam Kertas Perintah.

Pandikar berkata jika itu berlaku, beliau akan meneliti perkara tersebut.

Di lobi Parlimen, Dr Wan Azizah berkata beliau meneruskan rancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri yang baharu.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Speaker berhubung pandangan beliau terhadap tindakan pembangkang untuk mengemukakan usul baharu,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan