24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

UTC/RTC: Inisiatif Transformasi Signifikan Najib

Peranan penting Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dalam memperluas jangkauan perkhidmatan kerajaan tidak dapat disangkal lagi, menjadikannya satu inisiatif yang berjaya.

Menerusi konsep ‘satu hentian pelbagai perkhidmatan’, UTC dan RTC, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah pelengkap transformasi untuk mensejahterakan rakyat selaras dengan prinsip ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Kedua-dua konsep itu berjaya menghimpunkan lebih 40 agensi kerajaan dan swasta demi memudahkan komuniti bandar dan luar bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Kerjasama unik antara pelbagai agensi tersebut dilaksanakan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang merupakan antara komitmen dan transformasi terbaik kerajaan, demi kepentingan rakyat. Ia diperkenalkan sebagai usaha ‘merakyatkan perkhidmatan awam’.

Kewujudan UTC dan RTC juga berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mutu sistem penyampaian menerusi perkongsian strategik yang dijalankan.

Transformasi perkhidmatan kerajaan menerusi NBOS serta kewujudan UTC dan RTC berjaya memecahkan silo antara kementerian dan agensi kerajaan dalam melaksana dan menjayakan sesuatu program, sekali gus memberi pelbagai manfaat kepada rakyat.

Najib, yang menjadi perdana menteri keenam Malaysia pada 2009, genap 40 tahun penglibatannya dalam politik tanah air pada 21 Feb. Beliau berusia 22 tahun ketika mula menceburi bidang politik selepas kematian ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein, akibat leukemia pada 14 Jan, 1976.

Seiring dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, penubuhan RTC dan UTC mempunyai potensi besar untuk meningkatkan pendapatan rakyat kerana ia turut menjadi hab merancakkan aktiviti ekonomi, penggalakan penjualan nilai tambah produk pertanian dan menyediakan perkhidmatan kewangan serta perkhidmatan pembangunnan perniagaan dan keusahawanan.

Ramai yang memperoleh manfaat dan berpuas hati dengan fungsi serta kemudahan pusat transformasi berkenaan, dan tidak menghairankan jika masyarakat masih menantikan kewujudan UTC dan RTC di tempat-tempat mereka.

Pastinya rakyat menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semasa mengumumkan Pengubahsuaian Bajet 2016 bahawa pembinaan 10 lagi UTC di Labuan, Sungai Petani (Kedah), Miri dan Sibu (Sarawak), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Tawau dan Keningau (Sabah), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kangar (Perlis) akan diteruskan.

Empat RTC baharu dijangka siap dibina di Jawi (Pulau Pinang), Rembau (Negeri Sembilan), Sungai Rambai (Melaka) dan Betong (Sarawak) pada tahun ini.

Mengimbas kembali, UTC yang pertama dilancarkan di Melaka pada 23 Jun 2012, manakala RTC pertama terletak di Gopeng, Perak pada 18 Feb tahun sama. Kedua-duanya dirasmikan oleh Najib.

Hingga kini, lapan UTC utama dibangunkan di seluruh negara iaitu di Pudu Sentral (Kuala Lumpur), Melaka Sentral (Melaka), Alor Star (Kedah), Ipoh (Perak), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah), Kuantan (Pahang) dan Kuching (Sarawak). Selain itu terdapat juga UTC mini di Sentul dan Keramat, Kuala Lumpur.

Sehingga Januari 2015, lebih 7.5 juta pengguna pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan di kesemua UTC, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zabidi Zainal.

Sementara itu, sembilan RTC yang dibangunkan terletak di Gopeng, Kota Bharu, Pekan, Jitra, Kulaijaya, Dungun, Miri dan dua buah di Melaka.

Menerusi UTC dan RTC, komuniti setempat dapat menyelesaikan pelbagai urusan dengan agensi-agensi kerajaan, awam dan swasta dalam tempoh singkat.

Ini termasuklah urusan pembayaran bil, memperbaharui pasport, kad pengenalan, perbankan, pendidikan, pembiayaan dan pinjaman, kesihatan serta urusan-urusan lain.

Permohonan dan pemerosesan banyak urusan boleh diselesaikan dalam tempoh beberapa jam sahaja, umpamanya urusan memperbaharui pasport, yang hanya mengambil masa sejam untuk siap selepas pembayaran dibuat.

Antara agensi yang beroperasi ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan melibatkan Pos Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tenaga Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan TEKUN Nasional, yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah untuk perniagaan.

Waktu operasi tidak terhad pada waktu pejabat, sebaliknya bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, dan dibuka setiap hari termasuk pada hujung minggu.

UTC dan RTC turut berperanan sebagai pusat setempat bagi pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan terutamanya bagi penduduk luar bandar dan pusat kegiatan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Orang ramai juga boleh membeli barangan keperluan dengan adanya kedai kain, kedai buku, pasar borong menjual sayur, buah-buahan, ikan, ayam dan daging serta medan selera di pusat-pusat sehenti itu. Selain surau, ada yang menyediakan gelanggang futsal, gimnasium dan ruangan parkir percuma.

Selain meningkatkan sistem penyamapian perkhidmatan kerajaan, pengwujudan UTC dan RTC secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan rantaian bekalan hasil pertanian dan aktiviti ekonomi setempat.

Selain itu, Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) turut dilancarkan pada 1 Mac 2013, demi memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan asas dan berhadapan masalah pengangkutan untuk pergi ke UTC dan RTC.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata pendekatan NBOS yang dilaksanakan untuk memperkemaskan perkhidmatan awam ternyata membuahkan hasil positif.

“Setelah NBOS berjaya ‘menyatukan’ pasukan polis dan tentera, ia kini membantu sistem penyampaian awam dengan mengubah imej perkhidmatan itu menjadi lebih efektif dan lebih mesra pengguna.

“Kaedah penyampaian UTC dan RTC ini menarik kerana ia adalah perkhidmatan yang dibawa kepada masyarakat… kini satu tempat untuk semua perkhidmatan,” katanya kepada Bernama.

Pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan hanya sekali lawatan ke lokasi yang sama, dapat menjimatkan masa dan kos.

“UTC dan RTC bukan satu pembaziran oleh kerajaan tetapi satu idea yang sangat baik dan bijak… sememangnya NBOS adalah satu kejayaan,” katanya.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, UTC dan RTC merupakan antara pencapaian terbaik Najib sepanjang memegang tampuk kepimpinan tertinggi negara.

“Matlamat UTC dan RTC itu sampai terus kepada rakyat… ia merupakan projek yang berkesan dalam misi transformasi kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat terutamanya penduduk luar bandar,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...