28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

VAKSIN PERKARA ASAS MAQASID SYARIAH – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai penggunaan vaksin dari pandangan fiqh dan maqasid syariah.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha berkata, penggunaan vaksin adalah satu daripada perkara asas dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama; nyawa; akal; keturunan dan harta yang perlu diberi keutamaan untuk dipelihara.

“Suntikan vaksin adalah sejenin ejen yang bertindak untuk merangsang sistem pertahanan badan iaitu salah satu cara untuk memelihara nyawa dengan menjaga kesihatan.

“Malah kegagalan mengambil suntikan vaksin bakal mengundang kemudaratan yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, individu yang tidak mengambil vaksin akan terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya malah ia juga berpotensi membahayakan orang lain dan akhirnya bakal mengancam ‘kekebalan kelompok’ atau herd immunity yang dibina selama ini.

Dr Zulkifli Mohamad sebelum ini dipetik berkata, beliau menegaskan hukum suntikan vaksin sebagai harus sama ada untuk merawat penyakit atau bersifat pencegahan daripada dijangkiti penyakit.

Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan pendapat ramai tokoh ulama, namun ia perlu menepati beberapa kriteria, iaitu berlakunya keperluan yang mendesak dan kedua, testimoni mengatakan ia dapat memberikan kesan yang baik.

Memetik laporan itu, beliau berkata, mengelakkan bahan bersifat najis kecuali jika dalam keadaan terpaksa dan keempat, sifat sebagai pengawalan daripada penyakit adalah terbukti.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan