Vaksinasi remaja diperluas selepas negara capai imuniti kelompok - pakdin.my

KOTA BHARU – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluaskan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun selepas golongan individu dewasa di seluruh negara mencapai imuniti kelompok.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, setakat ini, suntikan vaksin untuk remaja dalam lingkungan usia itu telah diberikan kepada penerima di Sarawak bermula tiga hari lalu.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) telah memutuskan bahawa PICK akan diperluaskan kepada remaja selepas golongan dewasa mencapai imuniti kelompok.

“Setakat ini, kita akan menggunakan satu jenis vaksin sahaja untuk remaja iaitu Pfizer. Berdasarkan data klinikal yang diperoleh, vaksin jenis tersebut dipercayai selamat, berkesan dan berkualiti untuk mereka.

“Bagaimanapun, kita telah memutuskan bahawa akan menumpukan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun selain golongan tersebut yang menghidap lebih daripada satu penyakit kronik atau komorbiditi,” katanya selepas melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa hari ini.

Menyentuh mengenai penghasilan vaksin Covid-19 di negara ini, menurut Adham, pihaknya sedang menyediakan pelan dan mengumpulkan saintis dari dalam serta luar negara untuk penghasilannya.

“Selain itu, kita cuba sedaya upaya mengumpul saintis dalam usaha pembentukan vaksin pertama di negara kita dan ia akan dilakukan sama ada secara kolaborasi dalaman atau luar negara,” katanya.

UTAMABERITAVaksinasi remaja diperluas selepas negara capai imuniti kelompok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium