Polis menafikan sebuah van yang terbakar di Jalan Bunus 6, di sini, semalam berpunca akibat diletupkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata kenderaan itu terbakar disebabkan sistem dalaman van berkenaan.
“Saya menegaskan kejadian itu adalah berpunca daripada sistem dalaman van berkenaan dan bukan akibat diletupkan seperti yang diviralkan di laman sosial.
“Polis memandang serius berita yang disebarkan tanpa mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, van yang digunakan untuk membawa penumpang itu musnah terbakar secara tiba-tiba ketika pemandu sedang memandu van terbabit dari Kedah menghala ke ibu negara.
“Kejadian disedari pemandu terbabit apabila mendapati bahagian enjin van itu berasap dan seterusnya menghentikan kenderaan itu di bahu jalan,” katanya.
Amar Singh berkata, api secara tiba-tiba menyala dan merebak ke seluruh bahagian kenderaan itu dengan pantas sehingga memusnahkan van berkenaan.
Beliau berkata, pemandu van berkenaan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee berhubung kejadian itu.
Van Terbakar Bukan Kerana Letupan https://t.co/HHlsvQiUSI
Van Terbakar Bukan Kerana Letupan https://t.co/IF4SMyjCSR
Van Terbakar Bukan Kerana Letupan https://t.co/Ycd6k6B2v3 https://t.co/2CcAwjS7ZM
Van Terbakar Bukan Kerana Letupan https://t.co/IR6Pop3XWk
Nurul Afifah liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Kalai Chelvi liked this on Facebook.
Van Terbakar Bukan Kerana Letupan: Polis menafikan sebuah van yang terbakar di Jalan Bunus 6, di sini, semala… https://t.co/0U6J54TtaG