VETERAN DAP BIMBANG MAHATHIR JADI RACUN PADA DAP

44

Selepas keluar dari UMNO dan menubuhkan parti sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadikan pembangkang sebagai `saudara’ dan secara terbuka menyatakan mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sejak itu, Mahathir sering muncul di pentas pembangkang walaupun suatu masa lalu, ketika beliau memerintah selama 22 tahun, Dr. Mahathir paling anti dengan mereka terutama DAP.

Malah tanpa malu, beliau yang dulu mengecam DAP sebagai parti cauvanis dan rasis, telah membuat penampilan pada konvensyen kebangsaan DAP yang diadakan baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Mahathir sanggup duduk sebaris dengan `dinasti Lim’ iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, yang dihimpit dengan kes rasuah di mahkamah.

Meskipun penampilan Dr. Mahathir ke konvensyen itu disambut dengan tepukan gemuruh, namun itu hanyalah di permukaan sahaja.

Ini kerana, pada dasarnya, kehadiran Dr. Mahathir itu telah menyebabkan kekhuatiran di kalangan veteran DAP, kerana beliau umpama `racun’ yang bakal menghancurkan DAP.

Kebimbangan veteran DAP itu telah disuarakan di dalam portal pembangkang, Malaysiakini pada hari ini. Ia disuarakan oleh wakil rakyat DAP, Sim Tong Him dan Chan Foong Hin yang masing-masing berasal dari Melaka dan Sabah.

Mereka menyifatkan Dr. Mahathir tidak sepatutnya dijemput ke konvensyen terbabit kerana ia boleh membawa kesan kepada masyarakat Cina di Semenanjung dan masyarakat Kadazan.

“Saya tidak fikir ianya perlu, ini memberi tanggapan yang kedua-dua pihak menggunakan satu sama lain… Sebanyak manakah beliau (Mahathir) boleh membantu mengurangkan prejudis orang Melayu terhadap DAP?

“Saya rasa, memandangkan BERSATU bukan dalam Pakatan Harapan, maka ia menjadi ganjil jika kita membenarkan Mahathir dan (presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri (Konvensyen DAP),” kata Tong Him yang juga ahli Parlimen Kota Melaka.

Ternyata, terdapat ramai ahli DAP yang masih prejudis dengan Dr. Mahathir kerana mereka tahu kerjasama dengan DAP itu penuh dengan hipokrasi disebabkan bekas Perdana Menteri itu mempunyai agenda peribadi.

Begitu juga dengan DAP yang mahu mempergunakan Dr. Mahathir untuk mencapai agenda mereka bagi menguasai tampuk pemerintahan. Ternyata kedua-duanya saling mempergunakan antara satu sama lain bagi tujuan tersendiri.

20161208-mahathir-chen-man-hin-dap


49 COMMENTS

  1. Kakakaka jgn bengap sgt!Bersih smpai Kali ke5!tp UMNO ttp steady mcm dulu kini dn selama lamanye yg kalut Sgt kerabat ko tu x abis2 wt fitnah tp x jln x puashati ajak rakyat yg lurus bendul mcm spesis koorg tido di jalanan mcm xde umah,refomasi la dn bagai2 dgn harapan pakaton DSN letak jawatan hahaha sorryla!! orgtua tu pn tahu smpai ko mampos pn pakaton x bole menang!!saje je xde keje…..

  2. Kakakaka jgn bengap sgt!Bersih smpai Kali ke5!tp UMNO ttp steady mcm dulu kini dn selama lamanye yg kalut Sgt kerabat ko tu x abis2 wt fitnah tp x jln x puashati ajak rakyat yg lurus bendul mcm spesis koorg tido di jalanan mcm xde umah,refomasi la dn bagai2 dgn harapan pakaton DSN letak jawatan hahaha sorryla!! orgtua tu pn tahu smpai ko mampos pn pakaton x bole menang!!saje je xde keje…..

  3. Bagus juga peranan madey ni…berjaya buat bersih 5 gagal….ramai jgk penyokong pmbgkang & atas pagar buat u-turn sokong kerajaan…esp Indian..dap plk goyah….hmm…buat fitnah 24jam pun still x jalan

  4. npknya Tun adalah hero, skg ni DAP lak bimbang Tun jadi racun dlm DAP. whatever Tun you are the best go go Tun save msia walau apa cara sekali pon. Jgn peduli apa sultan ke raja ke nk kata, apa UMNO nk kata, DAP nk kata, Tun teruskn perjuangan kami rakyat marhaen sentiasa di blkg Tun.

  5. Pembangkang xkan menang punya 100tahun pun belum tentu UMNO KALAH…. Selalu kata UMNO pakai undi hantu, ic bangla, kalau aku lah jadi PM dah lama aku buat…… #mmg xmerasa laaa pembangkang pegang MALAYSIA….
    #asik kata jekkk kan baik buat bebetul….

  6. Sikap mahataik buat orang melayu lgi takut dap mng.. Nurah tu dari dulu macai pembangkang.. Tk kesah le… Kali ni Amno lgi mng besar… Sikap mahataik buat aku dn mejoriti org kpg bertambah sedar

  7. kenapa orf melayu takut bertindak…kenapa…apa yg nak ditakutkan….bukan najib je seorg melayu..kan ramai lagi…kenapa takut…mungkin ada jawatan…takut terlepas dedak….marah…saja nak gurau…lepas ni fikirkan anak bangsa melayu yg semakin jauh ketinggalan …bila anak bangsa dibebani dgn penindasan oleh kerajaan. rakyat menderita ni akan bertindakbalas…oleh itu umno berjaga2 dgn tindakkan mereka ni…pilihanraya adalah medan terbaik meluahkan hasrat mereka…percayalah mereka tetap bertindak…

    • X slh tukar pemimpin,kalau pemimpinnye bermasaalah!!tp x perlu buang UMNO lambang kedaulatan bangsa melayu,,ikutkn dlm UMNO semua cukup xde masaalah!yg masaalah nye ko org x abis2 nk kacau pertadbiran UMNO supaya hancur lebur hidup melayu huru hara x bertuan!cuba belajar bersabar,tggu je lh pru 14 ok….

  8. Dengan umno puluhan tahun keluar masuk keluar masuk boleh dia khianati …ini kan pulak Dap hanya berapa bulan berkenalan kenalan bermesraan mesraan dah Dap percaya, dan akan jadi 1saat pada Dap juga ini pasti berlaku dekat Dap juga…..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here