[Video] 10 Jun 2014: Tiada Lagi Kereta Murah Dari Proton – Mahathir - pakdin.my


Video: Proton tukar strategi, menjadi pengeluar kereta bertaraf dunia
https://youtu.be/rzPm016-7bo

Tidak hairanlah Proton mendapat masalah selepas Mahathir menjadi Pengerusi.

Strategi pemasaran Mahathir macam hampeh!

Sebab itu juga pentaksub Madey sendiri tidak menggunakan kereta Proton.

Katanya, jika anda mahu kereta murah dari Proton maka dia akan menyediakan kereta yang berjalan sejauh 3 batu dan pecah.

Dan dengan itu dia berkata Proton kini hanya mempunyai kereta mahal!

Mahathir juga telah mengakui bahawa Proton adalah sebuah syarikat swasta dan berkata “NO WAY, kita tidak memerlukan apa-apa bantuan kerajaan.”

Keangkuhan terlampau beliau pada masa itu! Sekarang dia merengek Kerajaan tidak membantu Proton dan menangis air mata buaya kononnya anak dia telah dijual …

*Malah, apabila Proton telah dijual kepada DRB-Hicom atas syor Mahathir dan menjadi sebuah syarikat Persendirian, ‘golden share’ yang dipegang oleh Kerajaan juga telah dibatalkan – mungkin kerana Mahathir dan DRB-Hicom tidak mahu Kerajaan untuk campur tangan lagi.*

*********

Astro Awani 10 Jun 2014

Pembeli Kereta Proton Perlu Bayar Harga Lebih Tinggi Dengan Kualiti Bertaraf Dunia – Mahathir

Proton kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata pengerusi baharu Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri keempat itu berkata Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

“Kini, Proton mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah,” katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas Proton.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Yayasan Kemajuan Kehidupan Manusia (HLAF) menyampaikan ucaptama dan melancarkan Anugerah Tahunan HLAF dan Bengkel di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau berkata semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.

“Kereta berikut dengan kualiti yang sama berharga RM120,000. Anda (pengguna) mahukan kereta murah, ok, Proton akan mengeluarkan kereta murah,” kata Dr Mahathir.

Ditanya sama ada Proton akan terus mengeluarkan kereta murah, Dr Mahathir menjawab: “Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia bergerak tiga batu dan rosak.”

Mengulas sama ada Proton sudah didatangi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas untuk menawarkan dana, beliau berkata Proton tidak pernah meminta dana.

Ditanya sama ada beliau sendiri selaku pengerusi Proton akan menemui mereka untuk mendapatkan dana, Dr Mahathir menjawab: “Tidak sama sekali.”

“Ini disebabkan Proton ialah syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata kerajaan kini menggalakkan import kereta daripada menggalakkan industri tempatan.

“Bila anda import kereta, wang mengalir keluar dan anda tidak dapat sebarang teknologi daripadanya,” katanya.

Ditanya sama ada Proton memerlukan bantuan kerajaan, beliau berkata semasa tempoh perkhidmatan bekas presiden Korea Selatan Park Chung Hee, beliau memanggil 12 individu dan meminta mereka membuka industri, dan beliau akan menyediakan pinjaman dan dana.

Mereka adalah syarikat swasta seperti Hyundai, LG dan Daewoo. Semuanya syarikat swasta dan kerajaan (Korea Selatan) membantu mereka sepenuhnya.

Hasilnya, mereka (syarikat-syarikat Korea Selatan) tidak lagi memerlukan bantuan kerajaan, kata Dr Mahathir.

http://www.astroawani.com/video-bisnes/proton-tukar-strategi-menjadi-pengeluar-kereta-bertaraf-dunia-33359

UTAMAPOLITIK 10 Jun 2014: Tiada Lagi Kereta Murah Dari Proton - Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium