31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 15, 2021

[Video] 15 rumah di Kedah rosak teruk dibadai ribut

Sebanyak 15 rumah dan sebuah masjid di lima kampung di Yan dekat sini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut, hari ini.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.30 petang berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kampung terlibat ialah Kampung Sungai Kering sebanyak enam rumah dan sebuah masjid, Kampung Kuala Sedaka (empat rumah), Kampung Selengkoh (sebuah rumah), Kampung Kabu 10 (tiga rumah) dan Kampung Hutan Gelam (sebuah rumah).

“Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan. Hasil pemeriksaan mendapati rumah terlibat mengalami kerosakan membabitkan struktur bumbung,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, seorang pegawai dan enam anggota APM bergegas ke lokasi terlibat untuk membantu dan memantau penduduk kampung yang terjejas.

“APM membuat pemantauan dan mengambil maklumat daripada penduduk yang terjejas selain membantu mereka membersihkan kawasan rumah yang mengalami kerosakan,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.