27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

[Video] 2 helikopter bertembung ketika ujian penerbangan

Ampang: Helikopter yang terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini,dipercayai bertembung dengan sebuah helikopter lain ketika sedang membuat ujian penerbangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

“Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.