Video 2 lelaki dibelasah kerana lakukan hubungan songsang - pakdin.my

Satu rakaman video memaparkan dua lelaki yang dipercayai melakukan hubungan songsang dalam sebuah kereta dipukul sekumpulan lima hingga enam lelaki tular di media sosial, sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 1.36 saat itu, dua lelaki terbabit yang duduk di bahagian pemandu dan penumpang sebelah dirakam dalam keadaan tidak berbaju dan memakai seluar pendek dalam sebuah kereta jenis Proton Satria Neo.

Kedua-dua lelaki terbabit kemudian dirakam tergesa-gesa membetulkan seluar pendek yang dipakai serta memakai baju selepas diserbu sekumpulan individu yang memarahi mereka kerana berkelakuan sumbang.

Selain dimarahi, dua lelaki itu turut ditumbuk dan ditendang ketika berada dalam kereta sebelum seorang daripada mereka diarah keluar dan dipukul sekali lagi.

Selepas penumpang itu dibelasah, kumpulan terbabit kemudian membelasah pemandu.

Rakaman berkenaan dipercayai dilakukan oleh seorang individu yang datang bersama kumpulan yang menyerbu dua lelaki berkenaan.

Berdasarkan audio dan visual rakaman berkenaan, kumpulan yang melakukan serbuan itu datang menaiki motosikal serta memakai vest keselamatan.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada mereka adalah pasukan penguat kuasa agensi kerajaan atau pengawal keselamatan yang ditugaskan melakukan rondaan di lokasi berkenaan.

Ini kerana individu yang melakukan serbuan turut meminta dua lelaki dalam kereta untuk menyerahkan kad pengenalan mereka.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian berlaku dan berkemungkinan dua lelaki yang dicederakan ini tidak membuat laporan kerana malu.


Lihat Video:

UTAMABERITAVideo 2 lelaki dibelasah kerana lakukan hubungan songsang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium