[Video] 300 Setinggan Akan Mendapat Rumah Baru Pada Harga RM42,000 Seunit – @Najib Razak - pakdin.my

Lagi “kezaliman” dari Perdana Menteri Najib Razak selain dari peningkatan ketara pasaran saham dan matawang sebagai penanda aras ekonomi negara akhir-akhir ini.

Apalagi “kezaliman” Najib yang kita dapat menafaatkan darinya?


https://youtu.be/EVorwYBazsU

Residensi Pandanmas yang saya lancarkan semalam merupakan satu lagi projek perumahan yang dibina untuk memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) mempunyai kediaman yang selesa dan berkualiti.

Projek ini menawarkan 700 unit kediaman yang berharga antara RM280,000 hingga RM300,000 untuk keluasan 850 kaki persegi dan 900 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu serta ruang makan yang selesa.

Selain mempunyai kemudahan yang lengkap, lokasi projek perumahan ini juga amat strategik dan saya percaya harga pasaran seunit boleh mencecah antara RM500,000 hingga RM700,000. Ini bagaikan durian runtuh kepada pembeli-pembeli yang layak!

Kerajaan turut prihatin dengan 300 keluarga setinggan kaum India yang telah menetap di kawasan ini sejak hampir 30 tahun lepas.

Oleh itu, mereka akan mendapat rumah baharu yang ditawarkan pada harga RM42,000 seunit melalui subsidi silang.

Tawaran rumah itu adalah sebahagian daripada program penempatan buat kesemua keluarga terlibat dan kerajaan akan memberikan 100 peratus pinjaman menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan setinggan di Kuala Lumpur.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pemaju yang telah berjaya menyiapkan pembangunan ini 9 bulan lebih awal daripada tarikh asal. Ini membuktikan bahawa dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan, rakyat kita juga yang akan mendapat manfaat ‘delivery’.

Insya-Allah, Residensi Pandanmas 2 yang menawarkan 1,920 unit juga akan dapat disiapkan lebih awal daripada jangkaan asal pada tahun 2019.

Secara keseluruhannya, saya percaya kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pembinaan 80,000 rumah mampu milik di seluruh Wilayah Persekutuan.

UTAMAPOLITIK 300 Setinggan Akan Mendapat Rumah Baru Pada Harga RM42,000 Seunit...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium