[Video] 71 pekerja tempuh detik cemas tanah runtuh di Bestari Jaya - pakdin.my

Kuala Selangor: Seramai 71 pekerja di dua kilang berasingan di Jalan PKPS, Kampung Bestari Jaya, di sini, menempuh detik cemas dan menakutkan ekoran kejadian tanah runtuh berhampiran kilang dan asrama pekerja, petang semalam.

Difahamkan, 58 pekerja kilang menternak ulat untuk makanan ayam dan 13 pekerja mengorek tanah liat yang menetap di rumah kongsi berkenaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya Azrel Izaidi Ahamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.51 petang.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota BBP Bestari Jaya dengan bantuan tujuh anggota BBP Batu Arang, polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, didapati berlaku mendapan tanah dengan anggaran keluasan 500 meter x 100 meter yang berkedalaman 10 meter.

“Malah, pemeriksaan lanjut mendapati mendapati masih ada baki runtuhan kecil berlaku selain rekahan sedalam 10 meter,” katanya, hari ini.

Azrel Izaidi berkata, pihaknya sudah berbincang dengan polis dan menasihatkan pihak terbabit menghentikan operasi kilang buat sementara waktu.

“Pekerja yang menetap di asrama dan rumah kongsi berhampiran dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, Bestari Jaya.

“Pemantauan di kawasan mendapan akan dilakukan pada pagi ini,” katanya.

UTAMABERITA 71 pekerja tempuh detik cemas tanah runtuh di Bestari Jaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium