[Video] Ada Orang Nak Jadi PM Melalui ‘Pintu Belakang’ - pakdin.my

(Harakah Daily) – Pembentukan kerajaan menerusi proses demokrasi terdapat pelbagai cara dan boleh berlaku menerusi mana-mana pintu Parlimen tetapi mesti mengikut prosedur dan perundangan yang betul.

“Cuma kita tahu ada (orang) nak jadi Perdana Menteri melalui ‘pintu belakang’,” demikian jawab Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada media selepas Syarahan Khas ‘Pemetaan Baharu Dunia’ di Kota Bharu, sebentar tadi.

Terdahulu jawabnya, Muafakat Nasional semakin menunjukkan kejayaan yang dapat dilihat perkembangan melalui beberapa PRK dan melalui perkembangan secara berperingkat secara tidak gopoh kerana politik itu fleksibel dan anjal.

Perkara terpenting kata Ahli Parlimen Marang itu, Muafakat Nasional telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam dan memberikan keyakinan kepada sebahagian orang bukan-Islam.

Beliau juga menolak andaian-andaian berkenaan politik ketika ini yang mendakwa akan berlaku gabungan satu parti daripada PH untuk bersama Muafakat Nasional di mana ujarnya mungkin hal tersebut lebih diketahui pihak parti tersebut.

“Kita buat andaian, dia berlaku lain. Dengan sebab itu kena, bila berlaku, barulah kita buat sesuatu keputusan. Kemungkinan itu tak boleh buat jawapan. Kemungkinan ini ada, dengan tak ada, kemungkinan. Sehingga ini, kita bincang peringkat demi peringkat.

“Kita menghadapi hal kecil dulu. Yang lebih besar itu, kita tunggu dan lihat, tunggu dan lihat. Muafakat ini luas, kesemua muafakat ini mesti kena ramailah. Dengan sebab itu kita ajak siapa nak muafakat, kita persilakan. Terbuka,” ujarnya.

Diminta menyentuh mengenai berbangkitnya isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau meminta ditunggu kenyataan rasmi, namun ia perkara lama yang sudah ada kajian.

Pun begitu, Tuan Guru tidak menolak isu tersebut ditimbulkan untuk menutup masalah dalaman parti-parti PH.

UTAMAPOLITIK Ada Orang Nak Jadi PM Melalui ‘Pintu Belakang’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium