[Video] ADUN, Senator DAP layan pelajar macam bagi ayam makan dedak - pakdin.my

Ini ADUN dan Senator dari DAP membaling gula-gula kepada murid di sebuah sekolah yang mereka lawati.

Macam beri makan dedak kepada ayam-ayam 😡

…….

Terjemahan daripada China Press (Akhbar berbahasa Cina) :

Seorang ADUN DAP Pujut, Ting Tiong Choon dan senator DAP Alan Ling Sie Kiong dikecam netizen apabila melayan anak-anak murid sekolah seperti “memberi makan kepada ayam” ketika sambutan Chap Goh Mei.

Di dalam satu klip video tular, kedua-dua pemimpin tersebut dilihat mencampak gula-gula kepada lebih 1,000 pelajar pada Isnin baru-baru ini (19 Februari 2019) di sebuah sekolah rendah di Miri.

Kedua-dua pemimpin itu mencampak atau menabur gula-gula kepada pelajar yang dipercayai sedang menyambut kehadiran mereka di dewan sekolah berkenaan.

Video yang dimuatnaik oleh laman Facebook ‘Apa-apa saja Rojaklah’ itu mengundang kemarahan warganet apabila menyifatkan ia seperti layanan kepada “ayam” dan “itik”.

Ada juga yang memberi komen dengan mengatakan perbuatan itu seperti “upacara pemujaan” hantu lapar (Hungry Ghost Festival).

Kebanyakan komen menyifatkan ia sebagai perbuatan yang “tidak bertamadun” dan “biadap.”

“Kenapa tidak memberikan gula-gula dengan cara yang lebih sopan?”

“Apakah perasaan apabila anak anda diperlakukan sebegini?”

“Cikgu buta ke? Kenapa dibiarkan anak-anak murid dilayan seperti ini?”

Demikian antara komen dan persoalan yang dibangkitkan warganet.

Malah ada juga yang berkata pelajar dilayan “bagai pengemis.”

Sejak dimuatnaik, video tular ini telah ditonton sebanyak 10,000 kali dan lebih 100 warganet mengkritiknya dalam ruangan komen.


Lihat Video:

Facebook Wee Ka Siong

UTAMAPOLITIK ADUN, Senator DAP layan pelajar macam bagi ayam makan dedak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium