27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

[Video] Agong ceritakan kronologi pelantikan PM ke 8

Petikan titah Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 18 Mei, Dewan Rakyat.

“Pada 24 Feb 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan perdana menteri Malaysia yang ke 7.

Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, beta telah terima perkenan menerima mengadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih, terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau. Oleh yang demikian, beta bertanggung jawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baru sepertimana yang dikehendaki oleh perlembagaan persekutuan. Perkara 43 yang memberi kuasa budi bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli dewan rakyat yang pada hemat beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat.

Lantaran itu, pada 25 Feb-26 Feb, beta telah mengadakan sesi pertemuan dengan ahli-ahli dewan rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka dan seterusnya pada 29 Februari, beta telah menitahkan semua parti-parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan rakyat, untuk mencalonkan nama seorang ahli dewan rakyat sebagai bakal perdana menteri.

Atas permintaan beberapa parti politik beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik mengemukakan calonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam masa merkea membuat perhitungan secara demokrasi sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya.

Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya. Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut, dan selaras dengna perlembagaan persekutuan beta telah mendapati YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat. Dan demikian selayaknya dilantik sebagai perdana menteri ke lapan.

Sesungguhnya beta telah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep raja berlembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita. Pada masa yang sama, beta juga menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli-ahli yang berhormat dan rakyat jelata yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini.”

Buletin TTKM

 






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan