Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla.
Mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.
Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata Lee ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 bersama teman wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.
Beliau berkata penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan raifal M16 untuk melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan Kanchanavanich, Kg Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.
Lee terkena lebih 10 das tembakan di kepala dan badan serta terdapat berpuluh kesan tembakan pada keretanya, kata Wichapan.
Motif pembunuhan masih disiasat sama ada turut mempunyai kaitan dengan soal perniagaan.
Video: Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mati Di Hatyai https://t.co/taFjQlUtQg https://t.co/wsa6esCg2w
Video: Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mati Di Hatyai: Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah… https://t.co/HPyECovDaN
Video: Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mati Di Hatyai https://t.co/DOaU5j763U
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Video: Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mati Di Hatyai: Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah… https://t.co/FZlL5tuSLe
Mohd Azrai Sg Buloh liked this on Facebook.
Saizan Che Seman liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.