[Video] Air tangan Sultan Johor kepada petugas barisan hadapan sempena Ramadan - pakdin.my

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan memasak Bubur Lambuk pada hari pertama Ramadan hari ini (24 April).

Terdahulu, pada pagi tadi Baginda Tuanku Sultan membuat persiapan termasuk meneliti segala barangan sebelum memasak Bubur Lambuk dengan dibantu beberapa kakitangan Istana.

Baginda Tuanku Sultan turut berkenan menyampaikan sumbangan Bubur Lambuk kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Panglima 7 Briged, Kolonel Mohamed Fauzi Kamis.

Sumbangan daripada Baginda Tuanku Sultan kemudian diagihkan oleh Datuk Ayob Khan kepada petugas barisan hadapan termasuk anggota-anggota polis dan tentera yang bertugas di beberapa lokasi sekatan jalan raya di bandaraya Johor Bahru.

Antaranya membabitkan lokasi sekatan jalan raya di Jalan Kota Masai 2, Jalan Gelang Patah-Ulu Choh, Kompleks Sultan Abu Bakar dan Taman Daya.

Bubur Lambuk berkenaan turut diberikan kepada orang awam yang melalui sekatan jalan raya.

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
#COVID19
#PKP

UTAMABERITA Air tangan Sultan Johor kepada petugas barisan hadapan sempena Ramadan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium