26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Video: Anggota Polis Maut Di Pukul Lima Lelaki di Manjong

Seorang anggota polis meninggal dunia selepas dipukul oleh lima lelaki di Manjong, Perak.

Kejadian berlaku petang semalam, dipercayai ada kaitan dengan satu kejadian curi di sebuah premis membela sarang burung walit.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan mangsa, kira-kira jam 4 petang.

Sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah premis membela sarang burung walit.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus dikejarkan ke Hospital Seri Manjung.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Hasil siasatan, polis berjaya menahan empat lelaki berumur dalam lingkungan 35 hingga 59 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Kesemua suspek direman selama seminggu sehingga 21 Disember depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.