[Video] Annuar Musa: Umno, sekutu tak terpengaruh rakaman audio bocor PPBM - pakdin.my

Rakaman audio bocor melibatkan pemimpin PPBM tidak menjejaskan Umno dan sekutunya dalam kerajaan PN, kata Tan Sri Annuar Musa.

Umno serta sekutu politiknya tidak mempunyai apa-apa isu berkenaan rakaman yang tular kononnya dari mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum krisis politik Februari, kata Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, rakaman itu adalah hal dalaman PPBM dan tidak menjejaskan Umno, BN dan Muafakat Nasional (MN), iaitu kerjasama antara Umno dan PAS.

“Apa pun rakaman atau versi pemberitaan apa yang berlaku dalam PPBM dan PH (Pakatan Harapan) Februari lalu atau sebelumnya tidak menjadi masalah kepada UMNO, BN dan MN.

“Itu hal ehwal dalaman parti tersebut. Kita akan terus sokong kepimpinan Perdana Menteri dan tumpu kepada agenda membela rakyat. Cukuplah berpolitik memanjang!” tulis Annuar di Twitter.

Menerusi rakaman yang didedahkan semalam, seorang pemimpin kanan PPBM mengatakan bahawa ahli parlimen Umno boleh diyakinkan untuk berpaling tadah sekiranya mereka ditawarkan jawatan menteri atau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Suara itu muncul daripada pemimpin yang sama berbicara dalam klip audio yang ditularkan sebelum ini yang mendesak MPT PPBM meletakkan kepercayaan kepada pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya beberapa jam sebelum “Langkah Sheraton” dibuat.

PPBM bersekutu dengan Umno, MN dan BN dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi yang mengambil alih kerajaan setelah Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, sekaligus menyebabkan kejatuhan pentadbiran PH.

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara untuk menyiasat dakwaan tersebut.

PPBM terhimpit di tengah-tengah antara pihak yang menyokong Dr Mahathir dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khamis lalu, Dr Mahathir dan empat yang lain terlucut keanggotaan mereka setelah didapati melanggar perlembagaan parti dengan memihak parti lawan.

Janngan lupa subscribe

UTAMAPOLITIK Annuar Musa: Umno, sekutu tak terpengaruh rakaman audio bocor PPBM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium