26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

[VIDEO] APABILA GEORGE SOROS MENGAKU SEBAGAI TUHAN, APAKAH NASIB MALAYSIA?

https://youtu.be/0991ClKqBhc

George Soros yang dikaitkan membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini, pernah mengaku dirinya adalah `tuhan’ dan mencipta segala-galanya.

Soros juga pernah memberi amaran bahawa beliau mementingkan diri sendiri dengan kaedah biasa tidak berkesan kepadanya.

Perkara berkenaan disiarkan oleh media luar negara sekitar bulan Ogos lalu. Malah ketika ditanya oleh akhbar Independent mengenai kenyataannya itu, Soros berkata: “Jika anda menganggap diri anda tuhan yang menciptakan segalanya, ianya seperti satu penyakit. Tetapi saya rasa selesa sekarang ini sejak saya mula hidup dengan pemikiran sebegitu.

Kenyataan berkenaan dibuatnya ketika kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat giat dijalankan dan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Soros telah menguasai Clinton.

Bukti bahawa Clinton dikuasai Soros telah didedahkan oleh Wikileaks DC di mana Soros pernah memberi arahan kepada Clinton ketika beliau menjadi Setiausaha Negara AS untuk campur tangan dalam isu melibatkan negara Albania.

Dalam e-mel yang bocor itu, yang bertajuk ‘Pergolakan di Albania,’ Soros mengarahkan Clinton bahawa “dua perkara yang perlu dilakukan segera” dan beliau memerintahkan Hillary untuk “membawa masyarakat antarabangsa untuk membincangkan mengenai Perdana Menteri Berisha “dan” melantik seorang pegawai kanan Eropah sebagai orang tengah. “

Dan selepas tiga hari emel itu dihantar oleh Soros kepada Clinton, agenda berkenaan telah digerakkan.


Begitulah yang akan terjadi apabila ada tangan hitam yang cuba menguasai sesebuah negara dengan menjadikan pemimpin pilihannya sebagai boneka semata-mata.

Bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Soros selama ini terkenal kerana memanupulasi dunia dan pasaran, demi kepentingannya sendiri.

Bayangkan jika seorang yahudi yang mengaku dirinya Tuhan cuba mengatur politik di negara ini mengikut rentaknya? Apakah nasib Malaysia kelak?

Apa lagi yang tinggal kepada rakyat Malaysia? Kita bukan sahaja kehilangan kedaulatan negara malah kita sekali lagi dijajah oleh kuasa asing.

Pendedahan sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks bahawa Open Society Foundation (OSF) milik hartawan itu menyalurkan pembiayaan kepada Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini menunjukkan seolah-olah ada udang di sebalik batu.

Soros cuba menggunakan parti politik dan NGO untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mempengaruhi keputusan pilihan raya. Apa yang pasti tindakan mereka mengizinkan campur tangan asing hanya akan membunuh demokrasi yang subur di Malaysia.

20161104-george-soros-is-god

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...