25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Video: Azmin gagal jawab empat isu yang ditimbulkan Solidariti Anak Muda Malaysia

Menteri Besar Selangor terus didakwa gagal menjawab empat isu yang ditimbulkan Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM.

Pengasasnya Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, sebaliknya mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengklasifikasikan semula dokumen sulit kerajaan, bagi mendedahkan perkara sebenar.

Empat isu terbabit ialah berhubung agihan zakat, Syarikat Darul Ehsan Investment Group, DEIG, gerbang Selangor dan balak.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali memohon maaf berkaitan penipuan isu tender terbuka.

Menurut Chegubard, Azmin tidak perlu menipu dihadapan media bahawa isu tender itu merupakan tender terbuka.

“Azmin perlu minta maaf, bahawa tiada tender terbuka dilakukan,”katanya di pejabat SAMM, Seremban tengahari tadi.

Chegubard berkata, Azmin telah gagal menjawab kesemua isu yang dibangkitkan bermula daripada isu zakat dimana beliau menggunakan duit zakat selangor dan diagih kepada penyokongnya sahaja bukan penyokong dalam parti.


“Kemudian, isu DEIG yang jelas dia kata tak beroperasi. Dia menjawab dengan penafian-penafian yang cukup dangkal. Tapi apabila kita tunjukkan dokumen bahawa dia dapat pinjaman bank ketika tidak beroperasi dia dah gagal untuk menjawab.

“Begitu juga isu pintu gerbang bila dia tak boleh jawab dia tuduh saya dengan serangan ‘Macai Umno’. Saya memberitahu dia perkara itu menjurus kepada pembaziran. Siapapun buat, baik Barisan Nasional atau sesiapa sahaja ia tetap merupakan pembaziran.

“Kemudian yang terbaharu adalah tentang isu balak. Saya dedahkan isu balak tersebut kerana ada kepincangan dalam proses penganugerahan dan sebagainya. Saya tidak lagi pergi kepada fasa dimana siapa dapat, bagaimana dapat, saya tidak pergi ke fasa itu. Tapi persoalannya dia melenting dan berkata ini tender terbuka. Akhirnya saya sebut cadangan saya ada kertas minit mesyuarat yang menyatakan balak tersebut bukan tender terbuka,”katanya.

Beliau berkata, selepas Azmin menghinanya menggunakan perkataan ‘menyalak’ Ahli Parlimen Gombak itu memintanya pergi kemukakan bukti di SPRM.

“Samada dia sengaja ataupun untuk tutup penipuannya. Pertama saya sebut kes tersebut bukan kes SPRM. Kes tersebut adalah kes kamu menipu dalam media. Saya kata tidak ada tender terbuka, bukan kesalahan SPRM. Untuk pengetahuan semua, kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat dalam perihal memberikan projek boleh memutuskan untuk memberikan samada tender terbuka, terpilih ataupun sebutharga ataupun rundingan terus.

“Tidak ada masalah itu kuasa eksekutif. Dalam hal pembalakan ini jelas seksyen 14 enakmen akta perhutanan 1985 semua hasil hutan adalah milik pihak berkuasa kerajaan negeridan seksyen 16 pihak berkuasa berhak memberikan hak mengeluarkan hasil hutan dengan apa cara yang difikirkan sesuai. Memang hak Azmin pun tak nak beri tender terbuka tapi kenapa kamu tipu dalam media? dan cabar saya untuk pergi ke SPRM,”katanya.

Sebelum ini, Chegubard menegur Azmin berkaitan isu agihan zakat, DEIG, gerbang Selangor, balak dan lain demi kebaikan namun malangnya bukan sahaja tidak diperjelaskan, tetapi beliau dihambur dengan ugutan dipecat dari parti dan dihambur gelaran hina oleh Menteri Besar Selangor itu.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...