Video bersemburit cuba sabotaj rancangan rombakan kabinet?

“Penahanan tiga individu tersebut termasuk seorang runner bernama ‘Zam’ akhirnya telah membawa kepada satu penemuan besar iaitu ops centre di Sucasa Jalan Ampang,” dakwa kenyataan itu.

Tular satu kenyataan di media sosial terutama WhatApss kononnya ada sesuatu yang besar di sebalik isu penyebaran video bersemburit mengaitkan nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut kenyataan yang seolah-olah dikeluarkan oleh sumber dalam PKR – ia sebenarnya ia adalah ‘bom’ untuk mengagalkan rancangan rombakan kabinet.

Video itu didakwa ditularkan seminggu sebelum berlaku rancangan tersebut dan Mohamed Azmin sepatutnya dikatakan akan menjadi orang nombor dua dalam kerajaan menggantikan Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dikatakan sudah dimaklumkan mengenai video berkenaan bagi menghilangkan keyakinannya kepada Mohamed Azmin

“Tujuannya supaya Dr. Mahathir hilang kepercayaan kepada Mohamed Azmin dan menukar rancangannya. Ternyata, kaedah itu tidak berhasil. PM melihat itu sebagai taktik jahat untuk menggagalkan rancangannya. Kata PM, mereka (Anwar) nak lempar taik ke muka saya,” kata kenyataan yang sama.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil maklumat penahanan Haziq Abdullah Aziz kali pertama juga kononnya melibatkan rampasan 10 simkad palsu telco tempatan dan alat untuk menularkan video-video yang dikatakan fitnah tersebut.

“Selepas mereka ditahan, maka pemfitnah telah menukar strategi untuk muat naik video-video seks sejenis itu di Youtube atas nama Rahim Jaafar.

“Penahanan tiga individu tersebut termasuk seorang runner bernama ‘Zam’ akhirnya telah membawa kepada satu penemuan besar iaitu ops centre di Sucasa Jalan Ampang,” dakwa kenyataan itu.

Menyentuh ketulenan video itu, ia dikatakan digunakan oleh kem Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyebarkan info kononnya video itu tulen.

Menurutnya, beberapa bahan yang dirampas pihak berkuasa juga dikatakan ada kaitan dengan peralatan mengedit video secara raw bagi menghasilkan video berkenaan.- MalaysiaGazette

Loading...