30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Video bersemburit: Haziq didakwa dalam kem Rafizi

Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku dalam video intim bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet didakwa rapat dengan kem Reformasi 20 tahun dibawah bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semasa pemilihan PKR tahun lalu.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Blisson Zainuddin mendakwa, dia mengenali Haziq Abdullah sejak pemilihan PKR lepas dan mengetahui Ketua AMK Santubong itu berada dalam kem Rafizi.

“Lelaki tersebut saya kenal sejak pemilihan PKR yang lepas, dia dikenali sebagai baru masuk ke PKR yang sebelum ini dikenali aktif dalam Barisan Nasional (BN).

“Namun, walaupun baru masuk parti, dia diberi kelulusan khas bertanding dalam pemilihan parti dan dikenali juga rapat dengan kem Reformasi 20 tahun dibawah Rafizi Ramli,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim.

Sementara itu, tambah Blisson, penyebaran video lucah yang didakwa melibatkan seorang menteri Kabinet sejak kelmarin merupakan fitnah dan satu perancangan jahat.

“Hari ini saya telah membuat satu akuan bersumpah berkenaan lelaki tersebut (Haziq) bersungguh-sungguh mendesak saya bagi mengetahui butiran jadual Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.


“Sepanjang kempen PRK Sandakan, saya dihubungi lelaki tersebut, Haziq Abdullah banyak kali bertanya kepada saya berkenaan jadual dan aktiviti termasuk tempat penginapan Mohamed Azmin melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp,” katanya.

Katanya lagi, walaupun telah mengundang rasa tidak senang dirinya kerana Muhammad Haziq terlalu mendesak, namun atas dasar politik dan tanggungjawab maka dia melayani permintaan Haziq tersebut.

“Selepas PRK Sandakan berlangsung dan dalam minggu lepas dia ada hubungi saya melalui panggilan telefon meminta saya mengabaikan dan mendedahkan kepada sesiapa mengenai komunikasi dia dan saya.

“Saya sendiri pelik namun tidak mengambil serius namun setelah terdedah video yang mana dia menfitnah Mohamed Azmin, saya mula memahami kenapa dia bersungguh mendesak saya mendapatkan butiran lawatan Mohamed Azmin dan saya sangat yakin ia berkaitan perancangan jahat, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

https://pakdin.my/tag/bersemburit

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...