Video bersemburit: Haziq digantung tugas serta-merta – Shamsul Iskandar [Video]

Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Muhammad Haziq Abdul Aziz digantung tugas serta-merta selepas secara terbuka mengaku merupakan individu dalam rakaman video seks bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kementeriannya tidak teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan Muhammad Haziq sekiranya dia gagal menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari yang akan berakhir esok.

Beliau berkata, ketika ini kementerian sudah mengambil tindakan awal mengikut prosedur yang ditetapkan terhadap Muhammad Haziq.

“Tindakan beliau tentunya sangat mengejutkan. Di peringkat kementerian, segala proses siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan telah dibuat.

“Beliau digantung daripada melakukan tugas rasmi serta-merta. Beliau perlu menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 12 Jun yang memberi tempoh kepadanya tiga hari. Kementerian tidak teragak-agak untuk memberhentikannya jika tiada maklum balas daripada beliau,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas mengenai pelantikan Muhammad Haziq, Shamsul Iskandar berkata, ia berdasarkan penilaian semasa soal jawab sesi temu duga, kelayakan akademik serta pengalaman kerja Muhammad Haziq yang dilihat bersesuaian dengan skop tugasan yang ditawarkan.

“Saya sebagai orang yang melantik beliau pasti bingung kerana selama enam bulan berkhidmat tidak ada perwatakan sedemikian ditunjukkan selama bekerja di samping beliau menjalankan tugas dengan profesional.

“Justeru, tindakan beliau ini membuatkan saya bingung kerana ia sangat mengejutkan dan tentunya sama sekali tidak diduga,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, beliau dengan tegas menolak sebarang bentuk politik kotor lagi memualkan yang bertujuan memalitkan imej buruk kepada mana-mana pemimpin ataupun individu.

Sementara itu Utusan Online melaporkan Shamsul Iskandar kali terakhir hubungi Haziq pada Selasa lalu (11 Jun 2019).

Shamsul Iskandar berkata, beliau menghubungi Haziq Abdullah ketika berada di Yangon, Myanmar, namun ia hanyalah berkaitan urusan kerja.

Berhubung isu video lucah pula, beliau telah menghantar mesej menerusi WhatsApps untuk meminta dia hadir ke pejabat sebelum berangkat pulang ke tanah air.

“Ia agar kita mengadakan perbincangan, tetapi malangnya dia tidak balas mesej tersebut,” katanya.

Ujar Shamsul Iskandar lagi, pihaknya telah menghubungi keluarga Haziq Abdullah setelah pegawai itu gagal dikesan.

“Saya difahamkan keluarga tiada komunikasi dengan beliau, mereka tidak tahu dimana dia berada.

“Dan tentulah keluarga beliau sedih dengan apa yang berlaku, jadi sebagai majikan saya telah minta pegawai untuk memenangkan keadaan kerana kita semua sedia maklum keluarga datang dahulu,” katanya.

Ujar Shamsul Iskandar, Haziq Abdullah didapati telah tidak masuk ke pejabat sejak Selalu dan boleh dikatakan pegawainya itu tidak hadir tanpa cuti.

Semalam, Haziq Abdullah mendakwa terlibat sama dalam video terbabit dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Haziq Abdullah tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki melakukan seks sejenis bersama menteri itu.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/_SsyP4eoM88

https://pakdin.my/tag/video-intim

Loading...

9 COMMENTS

Comments are closed.