Video bersemburit: Haziq, lima individu direman enam hari bermula hari ini - pakdin.my

Seksyen 377B ialah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebatan

Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan Haziq Abdullah Abdul Aziz serta lima individu lain ditahan reman enam hari bermulai hari ini, bagi membantu siasatan kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Perintah reman sehingga 20 Julai ini dikeluarkan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki terhadap Haziq Abdullah, 27, dan lima lelaki lain.

Mahkamah membenarkan permohonan polis untuk menahan reman keenam-enam lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 377B ialah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebatan manakala Seksyen 233 ialah penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq Abdullah serta lima individu lain ditahan malam tadi di sekitar Lembah Klang.

Pada 15 Jun, Haziq Abdullah, individu yang mengaku sebagai lelaki dalam video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri, dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 14 Jun. – Bernama

UTAMABERITAVideo bersemburit: Haziq, lima individu direman enam hari bermula hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium