Video bersemburit: Kenyataan media blok Azmin Ali - pakdin.my

Ketika menjawab soalan wartawan di Parlimen semalam, YB Dato’ Seri Anwar lbrahim telah menyatakan bahawa Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali harus meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video seks yang menjadi persoalan dibuktikan.

Kami tegas berpendirian bahawa kenyataan tersebut tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata. Presiden sewajarnya memberikan kepimpinan yang jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan YB Dato Seri Mohamed Azmin. Beliau juga harus fokus kepada perlakuan jenayah konspirator yang telah secara terancang menularkan videeo seks yang jijik dengan niat jahat.

Kita hairan kerana ketika video fitnah ini ditularkan, beliau telah mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan mengatakan bahawa YB Dato’ Seri Mohamed Azmin tidak perlu melepaskan jawatannya.

Justeru berdasarkan penafian tegas YB Timbalan Presiden, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan hal ini, Presiden sewajarnya mempertahankan Timbalan Presiden demi memelihara muafakat utuh KEADILAN dan tidak sama sekali cuba menggasir kedudukan Timbalan Presiden dalam Kerajaan tanpa sebarang asas yang kukuh.

Presiden wajar menyorot kembali asas perjuangan reformasi di mana seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan beliau dari fitnah jahat yang menggunakan fitnah dan video seks sebagai alat politik biarpun pada tahun 2011, ketika itu Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video seks tersebut adalah tulen YB Dato Seri Mohamed Azmin secara konsisten telah mempertahankan beliau dan keluarganya selama lebih 20 tahun daripada semua tuduhan ‘gutter politics.

Maka, kami ingin menegaskan bahawa KEADILAN wajib berdiri teguh dan konsisten menentang politik kotor yang digunakan dalam komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden. Kami akan bersama YB Dato Seri Mohamed Azmin dan mana-mana pimpinan lain sekiranya mereka diserang dengan cara yang tidak bermoral seperti ini.

Kami menggesa YB Dato’ Seri Anwar lbrahim selaku Presiden KEADILAN untuk berhenti dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belah kesatuan parti. Kami menyeru Presiden untuk segera menggembeling perpaduan anggota demi keutuhan KEADILAN, Pakatan Harapan dan negara yang tercinta ini.

Kenyataan dibuat oleh Ahli Ahli Majlis Pimpinan Pusat:

1. YB Puan Zuraida Kamaruddin Naib Presiden

2. Saudara Chua Tian Chang Naib Presiden

3. YB Ali Biju Naib Presiden

4. YB Haniza Talha Ketua Wanita Ahli MPP

5. YB Dato Sri Dr Santhara Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP

6. YAB Amirudin Shari Ahli MPP

7. YB Dato Rashid Hasnon Ahli MPP

8. YB Sivarasa Rasiah Ahli MPP

9. Saudari Rahimah Majid Ahli MPP

10. YB Elizabeth Wong – Ahli MPP

11. YB Dato’ Saifuddin Abdullah Ahli MPP

12. Saudara Zakaria Abdul Hamid Ahli MPP

13. Saudara Mohd Radzlan Jalaludin Ahli MPP

14. YB Dato’ Dr Mansor Othman Ahli MPP

15. YB Dato Kamarudin Jaafar Ahli MPP

16. YB Azmizam Zaman Huri Ahli MPP

17. Saudari Gan Pei Nei Ahli MPP

18. YB Hee Loy Sian Ahli MPP

19. YB Lee Kai Loon Ahli MPP

20. YB Baru Bian Ahli MPP Pengerusi MPN Sarawak (MP)

21. YB Dr Daroyah Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP

22. YB Muhammad Hilman Idham Timbalan Ketua AMK / Ahli MPP

Ahli Ahli Parlimen

1. YB Steven Choong MP Tebrau

2. YB Jonathan Yasin MP Ranau

3. YB Willy Mongin MP Puncak Borneo

4. YB Maria Chin Abdullah MP Petaling Jaya

KENYATAAN BERSAMA AHLI MPP & AHLI PARLIMEN KEADILAN
18 JULAI 2019

http:/pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKVideo bersemburit: Kenyataan media blok Azmin Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium