Video bersemburit: Orang lain makan nangka dia yang kena getah, siapa suruh menyibuk - pakdin.my

Lokman Adam dakwa polis mahu geledah rumah, rampas telefon

Pemimpin Umno Datuk Lokman Noor Adam mendakwa dirinya disoal siasat polis selepas membuat aduan tentang video seks yang dikaitkan dengan menteri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya buat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi video lucah.

“Hari ini saya bagi keterangan kepada pegawai Jabatan Jenayah Terkhas Bukit Aman, mereka nak rampas kedua-dua telefon bimbit saya dan geladah rumah saya.

“Betul-betul undang-undang rimba,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin pengerusi Sekretariat Suara Rakyat itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, menggesa pihak berkuasa menyiasat kesahihan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebar, berlakon dan menghasilkan video itu.

Ketua polis negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador hari ini dilapor berkata kertas siasatan sudah dibuka selepas menerima laporan kes.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKVideo bersemburit: Orang lain makan nangka dia yang kena getah, siapa suruh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium