Video bersemburit: Pelaku boleh di ‘cam’ dengan mudah

Kalau wajah dalam kaset video pun zaman dulu boleh dicam, takkan wajah dalam video HD tak boleh dicam?

Pesuruhjaya Polis (Bersara) Datuk Seri Amar Singh ialah senior saya di Universiti Malaya untuk kursus Sarjana Pengadilan Jenayah.

Tajuk kertas kerjanya, pada tahun 2005, adalah “Admissibility of Craniofacial Superimposition Evidence as a Means of Forensic Identification”.

Maksudnya, pengecaman seseorang boleh dibuat secara postif dengan membandingkan gambar muka orang itu yang dipertikaikan dengan gambar muka orang itu yang tidak dipertikaikan.

Teknik ini berkesan kerana setiap manusia mempunyai bentuk tengorak yang unik.

Proses ini telah digunakan untuk membuktikan dalam Mahkamah bahawa pelaku dalam satu kaset video lucah ialah DP Vijandran.

Kalau wajah dalam kaset video pun zaman dulu boleh dicam, takkan wajah dalam video HD tak boleh dicam?

P.S. CyberSecurity jangan lah bagi jawapan bodoh kepada IGP. DNA dan cap jari pun tak boleh bagi 100% kepastian. Apa-apa kaedah yang boleh bagi 90% kira okaylah.

Campur pula dengan pengakuan Haziq, rakaman CCTV hotel dan juga pakaian Haziq dan Azmin, saya rasa boleh dibuktikan beyond reasonable doubt siapakah pelaku-pelaku dalam video itu.

Facebook Shamsher Singh Thind