Video Bersemburit: Rakaman perbualan telefon di hotel KL pula didedahkan

Selepas beberapa video seks menjadi viral minggu lepas mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, sebuah klip audio pula kini dimuatnaik di YouTube, memuatkan perbualan telefon antara 2 lelaki yang ingin bertemu di sebuah hotel.

Penerangan audio berdurasi 46 saat itu mendakwa ia dirakamkan di Hotel Grand Hyatt di Kuala Lumpur pada Mac tahun ini “ketika Azmin menjadi menteri pengiring kepada sultan Brunei” lapor FMT.

Laman yang sama turut memuatnaik 2 video didakwa dirakamkan di Hotel Pullman di Kuching pada Oktober 2018.

Kami tidak dapat mengesahkan individu dalam rakaman audio dan video itu.

Sebelum ini, Muhammad Haziq Aziz – setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin – yang mendakwa beberapa klip video seks adalah dirinya dan Azmin dirakamkan di sebuah hotel di Sabah Mei lalu, berkata aksi seks telah beberapa kali berlaku di beberapa hotel lain.

Berita berkaitan:
https://pakdin.my/tag/bersemburit

Rujukan:
Pengakuan Haziq: Ini bukan kali petama bersemburit dan bimbang banyak lagi video dirakam Azmin tersebar
https://pakdin.my/pengakuan-haziq-ini-bukan-kali-petama-bersemburit-dan-bimbang-banyak-lagi-video-dirakam-azmin-tersebar/

Video lihat disini:
https://www.youtube.com/channel/UCJU9YX2Ax_vqgu5TKdIcytQ

Loading...

4 KOMEN

Comments are closed.