Video bersemburit: Siri penipuan demi penipuan - pakdin.my

➡️ PENIPUAN PERTAMA

12 Jun 2019

“Saya cam, itu bukan dia. Bukan dia, itu orang lain, itu bukan dia (Haziq).” – Ketua Cabang PKR Santubong, Ahmad Nazib Johari.

13 Jun 2019

“Sepanjang bertugas sejak enam bulan lalu, dia (Haziq) tidak nampak tanda atau bersikap pelik seperti ‘golongan itu’ (gay).

“Justeru tindakan (melakukan hubungan sejenis) beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya tidak diduga.” – Shamsul Iskandar Mohd Akin.

*Nota Kaki : Ahmad Nazib nafikan pelakon dalam video seks tersebut bukan Haziq, Shamsul pula kata dia terperanjat tahu Haziq seorang gay.

—–
➡️ PENIPUAN KEDUA

13 Jun 2019

“Kami berbual tentang video yang tular itu. Haziq menyatakan kekecewaan atas permainan politik jijik dan beliau tegaskan bahawa video palsu dan beliau bukan karakter dalam video itu.” – Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham.

13 Jun 2019

“Dia (Hilman) paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.” – Haziq Abdullah Abdul Aziz.

*Nota Kaki : Hilman kata, Haziq mengaku dia bukan pelaku dalam video seks tersebut. Haziq pula kata, Hilman paksa dia berbohong.

—–
➡️ PENIPUAN KETIGA

12 Jun 2019

“Tidak pernah nampak Haziq ketika PRK Sandakan.” – Hilman Idham.

13 Jun 2019

“Saya pergi Sandakan hari Rabu dan pulang hari Khamis, ketika beliau (Haziq) kata ada di sana (Sandakan) 11 Mei. Saya fikir 11 Mei hari Sabtu, hari bekerja kementerian hanya pada hari Isnin sampai Jumaat. Mungkin kerana lepas waktu pejabat,” – Shamsul Iskandar.

*Nota Kaki : Hilman kata tidak nampak kelibat Haziq di Sandakan, Shamsul Iskandar pula kata, dia dimaklumkan Haziq di sana, tetapi bukan atas urusan kerja.

—-
➡️ PENIPUAN KEEMPAT

13 Jun 2019

“Bagaimanapun selepas BN tumbang pada PRU14, dia menyertai PKR dan saya pelik bagaimana dia boleh menawarkan diri menjadi calon Ketua AMK Cabang dan memenangi jawatan itu.” – Hilman Idham.

13 Jun 2019

“Saya mengenalinya dari jauh, sebab dia ahli parti. Dia pernah menjadi ahli parti (PKR), kemudian menyertai pembangkang.” – Azmin Ali.

*Nota Kaki : Hilman kata, Haziq masuk PKR selepas BN tumbang. Azmin pula kata, Haziq memang ahli PRK sejak dahulu.

—–
➡️ PENIPUAN KELIMA

13 Jun 2019

“Keluarga tidak tahu di mana Haziq berada.” – Shamsul Iskandar.

13 Jun 2019

“Betul (mengadakan pertemuan dengan Haziq di Hotel Marriot, Putrajaya).” – Hilman Idham.

*Nota Kaki : Shamsul Iskandar kata, keluarga Haziq gagal hubungi dan tidak tahu lokasi Haziq. Anehnya Hilman boleh hubungi Haziq dan adakan pertemuan di Putrajaya.

CnP

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKVideo bersemburit: Siri penipuan demi penipuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium